• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat pada Sesi Pembukaan Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) —  Selepas lima hari berturut-turut berada dalam kerugian, dagangan Bursa Malaysia kembali pulih dengan para pelabur terus menantikan pembentangan semula Belanjawan 2023 esok.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.72 mata kepada 1,466.72 daripada penutupan Rabu iaitu 1,464.0.

Indeks utama mengukuh pagi ini dan dibuka 0.58 mata lebih tinggi pada 1,464.58.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi 166 berbalas 111, manakala 226 kaunter tidak berubah, 1,732 tidak dipertikaikan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan yang direkodkan adalah 238.43 juta unit bernilai RM65.95 juta.

Dalam nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata para pelabur terus memantau perkembangan pembentangan semula Belanjawan 2023 pada Jumaat (esok) serta kadar inflasi Malaysia.

Menurut firma pembrokeran itu, Indeks Dow Jones Wall Street turun 0.26 peratus selepas minit mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat memberi isyarat bahawa kenaikan kadar faedah mungkin berterusan di tengah-tengah kebimbangan terhadap tekanan inflasi.

Ia menambah pelabur dijangka terus mengambil sikap berhati hati sambil memantau data inflasi untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai jala tujuh kadar faedah pada masa hadapan.

Bagi komoditi, harga minyak mentah Brent berlegar turun ke arah US$ 80 setong, manakala harga minyak sawit mentah (CPO) bergerak melepasi paras RM4,200.

Berkenaan sektor fokus pula, ia berkata pelabur mungkin meninjau peluang dagangan dalam tenaga boleh diperbaharui, kenderaan elektrik dan sektor pembinaan sebelum pembentangan semula Belanjawan 2023, sementara sektor perladangan dijangka memperoleh momentum berikutan harga minyak sawit mentah yang mantap.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa — Maybank menambah empat sen kepada RM8.70, Petronas Chemical meningkat tujuh sen kepada RM8.27 dan Tenaga Nasional peroleh satu sen kepada RM9.66, manakala Public Bank dan CIMB tidak berubah, masing-masing pada RM4.13 dan RM5. 47.

Bagi aktif, Dagang Nexchange mengukuh 4.5 sen kepada 66.5 sen, AimFlex memperoleh 1.5 sen untuk mencatatkan harga 16 sen, Hextar Industries naik satu sen kepada  81 sen dan Sapura Energy kekal pada 4.5 sen, manakala Hong Seng kerugian tiga sen kepada 15.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM EMAS menambah 14.05 mata kepada 10,653.26, indeks FBMT 100 meraih 12.96 mata kepada 10,328.98 dan indeks FBM EMAS Syariah mengembang 12.08 mata kepada 10,981.13.

Sementara itu, indeks FBM ACE menokok 19.30 mata kepada 5,499.89 dan indeks FBM 70 menguncup 10.07 mata kepada 13,378.79.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 3.03 mata kepada 6,836.04, Indeks Tenaga lebih tinggi 0.67 mata menjadi 862.67, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.69 mata pada 186.72 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 23.85 mata kepada 16,019.32.

— BERNAMA

Tags: Belanjawan 2023Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securitiespembukaan
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In