• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Untung Bersih MRCB Naik Kepada RM64.85 Juta Pada Tahun Kewangan 2022

in Saham
A A
Unit MRCB Meterai Perjanjian Sewaan Dengan KD District Cooling System
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 meningkat kepada RM64.85 juta daripada RM15.83 juta pada tahun lepas.

Perolehan naik 121 peratus kepada RM3.21 bilion daripada RM1.45 bilion sebelum ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata pemulihan yang kukuh untuk perolehan disebabkan operasi yang kembali normal selepas dua tahun gangguan berkaitan COVID-19, membawa kepada peningkatan pengiktirafan perolehan daripada kemajuan pembinaan yang tinggi di bahagian kejuruteraan, pembinaan dan persekitaran (ECE) serta bahagian pembangunan hartanah dan pelaburan, dan jualan hartanah yang pulih secara keseluruhannya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Katanya perolehan yang lebih tinggi itu turut mencerminkan konsolidasi tahun penuh syarikat projek Transit Aliran Ringan 3, Setia Utama LRT3 Sdn Bhd (SULSB).

“Selain sumbangan daripada SULSB kepada bahagian ECE, keuntungan operasi yang lebih tinggi juga diperoleh daripada bahagian pembangunan hartanah dan pelaburan pada 2022, hasil daripada kemajuan pembinaan dan jualan yang lebih baik daripada inventori yang belum dijual dan telah siap bahagian itu dan jualan unit daripada projek pembangunan hartanah yang sedang dalam pembinaan.

“Sentral REIT dan syarikat bersekutu, Sentral REIT Management Sdn Bhd, 27.94 peratus milik kumpulan, menyumbang gabungan keuntungan selepas cukai sebanyak RM14.9 juta kepada kumpulan berbanding RM17.8 juta pada tahun kewangan 2021,” katanya.

Mengenai masa depan, MRCB berkata sumber utama perolehan dan keuntungan operasi adalah daripada bahagian pembangunan hartanah dan pelaburan serta ECE.

Sehingga 31 Dis 2022, bahagian pembangunan hartanah dan pelaburan mengekalkan trajektori jualannya yang lebih tinggi dan menjual hartanah bernilai RM487.9 juta daripada pembangunan yang telah siap dan sedang berjalan.

MRCB berkata bahagian itu akan terus memperoleh aliran pendapatan yang agak stabil daripada baki hartanah pelaburannya daripada Menara Celcom dan kepentingannya dalam Sentral REIT.

Katanya tender terbuka bahagian ECE berjumlah RM30 bilion sehingga 31 Dis 2022.

— BERNAMA

Tags: hartanahKeputusanMRCBpelaburan
Share247ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In