• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Dialog Group Kekalkan Untung Bersih Suku Kedua Sebanyak RM127 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Dialog Group Bhd mengekalkan keuntungan bersih sebanyak RM127.5 juta pada suku kedua berakhir 31 Dis 2022 berbanding RM127.88 juta bagi tempoh sama pada tahun kewangan sebelum ini.

Perolehan bagi suku yang dikaji meningkat kepada RM797.0 juta berbanding RM544.49 juta sebelum ini, terutamanya disebabkan peningkatan aktiviti kejuruteraan, pembinaan dan penyelenggaraan loji di Malaysia dan operasi antarabangsa.

Bagi tempoh separuh tahun, kumpulan mencatat keuntungan bersih lebih rendah berjumlah RM259.2 juta, namun meraih perolehan lebih tinggi sebanyak RM1.5 bilion, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Penyedia perkhidmatan teknikal bersepadu sektor tenaga itu berkata perniagaan huluannya merekodkan perolehan tinggi pada suku kewangan semasa dan sehingga kini, berikutan harga minyak tinggi.

Bagaimanapun, margin keuntungan daripada perniagaan hiliran adalah rendah disebabkan kos operasi lebih tinggi.

“Di peringkat antarabangsa pula, sumbangan perolehan dan keuntungan adalah tinggi bagi suku kewangan semasa dan sehingga kini, dengan jualan produk dan perkhidmatan pakar yang meningkat di pelbagai negara serta peningkatan aktiviti kejuruteraan, pembinaan dan penyelenggaraan di Singapura dan aktiviti fabrikasi di New Zealand,” katanya.

Dari segi prospek, Dialog berkata, ia akan mengembangkan perniagaan huluan dan melaksanakan kepelbagaian merentasi aliran perniagaannya.

“Pada masa depan, kami akan giat mencari peluang untuk meningkatkan perkhidmatan dan aset pembangunan dan pengeluaran, di samping mengguna pakai teknologi baharu untuk menguruskan pelepasan gas rumah hijau,” katanya.

Bagi perniagaan hiliran, Dialog akan terus memanfaatkan dan membina rekod prestasi dalam perkhidmatan teknikal bersepadu yang terdiri daripada kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian, penyelenggaraan loji dan perkhidmatan pengendalian pemangkin serta produk dan perkhidmatan pakar.

“Berikutan persekitaran ekonomi diramal kekal mencabar dalam jangka pendek hingga sederhana, kami akan terus membina dan memperkukuh kecekapan dengan cara melabur dan melatih tenaga kerja dengan pelbagai kemahiran bagi memastikan kami kekal efisien dan berdaya saing,” katanya.

Kumpulan itu kekal optimis mengenai prestasi positifnya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023. Lembaga pengarah belum mengesyorkan sebarang dividen interim bagi tempoh kewangan semasa.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaDialoghiliranhuluanKeputusanperolehanuntung bersih
Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In