• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur berhati-hati berdasarkan data runcit Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, yang mungkin menunjukkan potensi kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada masa depan.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.05 mata kepada 1,48714 daripada 1,488.19 pada Rabu. 

Indeks utama dibuka rendah 0.35 mata kepada 1,487.84.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran, bagaimanapun, positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 177 berbanding 158 manakala 258 kaunter tidak berubah, 1,620 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 314.58 juta unit bernilai RM127.34 juta.

Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pasaran saham AS ditutup tinggi berikutan Indeks Dow Jones meningkat 0.1 peratus, didorong oleh data jualan runcit yang kukuh yang berkembang 6.4 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023.

“Walaupun Wall Street mencatatkan tinggi semalaman, kami percaya sentimen global boleh terus goyah berdasarkan data runcit yang kukuh, yang mungkin menunjukkan potensi kenaikan kadar faedah oleh Fed pada masa depan.

“Bagaimanapun, dalam negara, pelabur dijangka positif sebelum musim pelaporan pendapatan dan pembentangan semula Belanjawan 2023 minggu depan,” katanya.

Dari aspek komoditi, firma itu berkata harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$85 setong manakala harga minyak sawit mentah berlegar melebihi RM3,900 satu tan.

Mengenai sektor, sektor teknologi dijangka menjadi tumpuan apabila Nasdaq melepasi paras 12,000 semalaman.

“Selain itu, perbankan, telekomunikasi, REIT dan saham pengguna terpilih dijangka menjadi tumpuan dengan belian berterusan daripada dana asing,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan 2.0 sen kepada RM8.78, Public Bank dan Petronas Chemicals, masing-masing berkurangan 1.0 sen kepada RM4.17 dan RM8.21. CIMB dan Tenaga Nasional, masing-masing tidak berubah pada RM5.43 dan RM9.95.

Bagi saham aktif, MYEG merosot 1.5 sen kepada 68 sen, Iris berkurangan setengah sen kepada 11.5 sen. Hong Seng menambah setengah sen kepada 22 sen, Perdana Petroleum meningkat 1.0 sen kepada 19.5 sen manakala CSH Alliance tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 7.89 mata kepada 10,818.74, Indeks FBMT 100 berkurangan 8.44 mata kepada 10,485.04, Indeks FBM Emas Shariah susut 6.18 mata kepada 11,167.19 dan Indeks FBM 70 merosot 15.57 mata kepada 13,633.72. Indeks FBM ACE naik 9.12 mata kepada 5,719.96. 

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 5.70 mata kepada 6,908.60 dan Indeks Tenaga menambah 0.53 mata kepada 893.17. Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.44 mata kepada 190.27 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 23.14 mata kepada 16,137.91.  

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In