• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Malaysia Airports Sertai Routes Asia 2023 Thailand Selepas Tiga Tahun Terhenti

in Catalyst
A A
Malaysia Airport MAHB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

CHIANG MAI, 13 Feb (Bernama) — Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menyertai Routes Asia CNX 2023 di Thailand selepas acara itu terhenti selama tiga tahun ekoran pandemik COVID-19 dalam usaha memajukan lagi kesemua lima lapangan terbang antarabangsa sebagai pintu masuk ke Malaysia.

Acara yang berlangsung mulai 14 hingga 16 Feb ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Chiang Mai di sini itu dijangka dihadiri kira-kira 800 perwakilan dengan penyertaan 200 lapangan terbang, 100 syarikat penerbangan dan 30 pihak berkuasa pelancongan.

Kira-kira 2,000 mesyuarat bersemuka antara wakil syarikat penerbangan dan lapangan terbang akan diadakan di samping sesi persidangan oleh beberapa penceramah antarabangsa mengenai sektor penerbangan dan pelancongan.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata antara objektif utama pihaknya adalah mempercepat syarikat penerbangan asing kembali semula ke Malaysia walaupun secara purata hampir 80 peratus daripadanya telah menyambung semula penerbangan.

“Terdapat beberapa syarikat penerbangan lain terutama di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu yang belum kembali beroperasi. Justeru, inilah peluang kami untuk mewujudkan semula jalinan dengan syarikat penerbangan ini dan meyakinkan mereka untuk kembali.

“Sementara itu, bagi yang telah kembali pada tahun lepas, kami mahu mereka mencatatkan semula tahap pada 2019 secepat mungkin dengan meningkatkan kekerapan penerbangan,” katanya kepada Bernama.

MAHB juga telah mengenal pasti wilayah dan syarikat tertentu untuk diambil langkah susulan justeru, usaha ini akan menjadi tindakan berterusan oleh pengendali lapangan terbang itu dan Tourism Malaysia untuk meningkatkan kesambungan dan ketersampaian.

Beliau berkata lebih 20 mesyuarat dijangka diadakan dengan syarikat penerbangan yang disasarkan, baharu dan sedia ada, untuk membincangkan peluang pengembangan laluan ke lapangan terbang Malaysia.

“Ini terutama membabitkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu,” katanya.

Routes Asia CNX 2023 menyediakan platform untuk syarikat penerbangan, lapangan terbang, pihak berkuasa pelancongan dan pihak berkepentingan dalam sektor penerbangan bertemu, berkongsi amalan terbaik dan membangunkan strategi rangkaian serta memastikan pengembangan perkhidmatan udara masa depan bagi seluruh Asia Pasifik.

Acara yang dihoskan Airports of Thailand Plc kali ini turut dihadiri oleh beberapa pihak berkepentingan utama dari Malaysia iaitu Penang Global Tourism, Lembaga Pembangunan Langkawi, Lembaga Pelancongan Sabah dan Lembaga Pelancongan Sarawak, untuk mempromosikan destinasi masing-masing.

Penyerahan acara Routes Asia juga akan dilakukan kepada Langkawi dengan penganjurannya dijadual pada 26 hingga 28 Feb, 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri.

Routes Asia, yang asalnya dikenali sebagai New Route Asia, adalah ilham MAHB.

Ia kali pertama diadakan pada 2003 di Kuala Lumpur dan bagi tiga tahun berturut-turut.

Sedekad kemudian MAHB bersama-sama Lembaga Pelancongan Sarawak menganjurkan Routes Asia 2014 di Kuching.

Iskandar Mizal berkata pihaknya menghargai kepentingan bekerja bersama-sama pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memasarkan Malaysia.

“Acara ini akan memberi manfaat ekonomi yang lebih besar dan pembangunan negara secara keseluruhannya, bukan hanya untuk industri penerbangan sahaja,” katanya.

— BERNAMA


Tags: Chiang MaiIskandar Mizal MahmoodLangkawipelanconganpenerbanganRoutes AsiaTAG: MAHB
Share241ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In