• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Airasia X Mencatat Sejumlah 417,195 Penumpang Yang Diterbangkan Pada Tahun Kewangan 2022

in Catalyst
A A
Saham AAX Jadi Tumpuan Susulan Berita Mengenai Pelan Pemulihan

Sumber: Air Bus

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — AirAsia X Bhd melaporkan membawa 417,195 penumpang dengan jumlah kapasiti 536,491 tempat duduk dalam tahun kewangan penuh 18 bulan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022).

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan gabungan jarak pertengahan Kumpulan Penerbangan AirAsia berkata dengan pembukaan semula sempadan China, AirAsia X sudah bersedia untuk mempercepatkan pemulihannya ke tahap pra-COVID-19.

“Menjelang akhir Disember 2022, AirAsia X mengendalikan penerbangan ke 13 destinasi, termasuk Seoul dan New Delhi, dua daripada destinasi paling popular yang dilancarkan pada suku sebelumnya,” katanya.

AirAsia X berkata 337,638 penumpang telah diterbangkan pada suku keenam 2022 (Q6 FY2022), menunjukkan peningkatan lebih empat kali ganda berbanding suku sebelumnya, yang mana 79,557 penumpang telah dibawa pada suku ke-5 dari Julai hingga September 2022, apabila pemulihan perjalanan mendapat momentum seiring dengan musim kemuncak perjalanan. 

Ia berkata penerbangan baharu yang dilancarkan adalah ke Melbourne, Perth, Tokyo-Haneda, Sapporo, Taipei, Jeddah dan Bali-Denpasar, selain memperkenalkan laluan baharu Sydney-Auckland pada suku keenam.

 “Di sebalik permintaan terpendam yang ketara untuk perjalanan jarak sederhana bernilai tinggi sejak perasmian dan berikutan pandemik, frekuensi tambahan telah dimasukkan ke dalam beberapa laluan paling penting, iaitu Seoul, Sydney, Sydney-Auckland, Melbourne, Perth dan Sapporo, terutamanya dari November hingga Disember 2022.

“Sehingga akhir Disember 2022, AirAsia X menawarkan penerbangan harian ke pasaran utama termasuk Seoul, Sydney, Sydney-Auckland, Melbourne dan Bali-Denpasar,” katanya.

Syarikat penerbangan itu berkata syarikat bersekutunya, AirAsia X Thailand, membawa 212,523 penumpang pada suku keenam, apabila lebih banyak pesawat kembali beroperasi pada suku tersebut, dengan frekuensi tambahan ke beberapa laluan terpilih bagi memenuhi musim kemuncak perjalanan akhir tahun.

Ia berkata pada suku yang sama, AirAsia X Thailand melancarkan penerbangan ke Osaka dan Sapporo di Jepun serta Sydney dan Melbourne di Australia.

Jumlah saiz armada untuk AirAsia X ialah 14 buah pesawat A330 pada akhir Disember 2022, dengan tujuh pesawat kembali diaktifkan dan beroperasi.

“Saiz armada AirAsia X Thailand ialah lapan pesawat A330 pada akhir Disember 2022, dengan lima pesawat diaktifkan dan beroperasi,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: AirAsia Xpenumpangtahun kewangan
Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In