• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Menjejaki Kenaikan Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia kembali pulih daripada penyusutan selama dua hari apabila dibuka lebih tinggi hari ini dan menjejaki kenaikan ketara semalaman di Wall Street.

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) itu meningkat semula selepas data awal keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku keempat 2022 mengembang 2.9 peratus tahun ke tahun dan lebih pantas biarpun dalam senario kenaikan kadar faedah yang agresif, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.05 mata kepada 1,499.44 daripada 1,498.39 yang dicatatkan semalam.

Indeks tersebut dibuka meningkat 1.58 mata kepada 1,499.97.    

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 213 berbanding 102 manakala 245 kaunter lain tidak berubah, 1,687 tidak diniagakan dan 49 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 269.26 juta unit bernilai RM82.23 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun susut baru-baru ini, indeks utama itu dijangka menguji semula paras 1,500 dengan berasaskan petunjuk daripada sentimen semalaman Wall Street yang positif.

Menurutnya, saham-saham berharga rendah kekal kukuh di tengah-tengah minat belian ketara namun sebarang tindakan belian berlebihan dalam kebanyakan saham di Bursa Malaysia akan menarik aktiviti pengambilan untung di masa akan datang.

Di peringkat global, data ekonomi AS yang lebih kukuh daripada jangkaan berkemungkinan terus memberi sokongan bagi pemulihan selanjutnya di Wall Street.

Dari segi komoditi, firma pembrokeran itu berkata minyak mentah Brent pulih daripada penurunan sebelum ini apabila ditutup melepasi paras US$87 setong berikutan penyusutan melebihi jangkaan dalam inventori gas asli.

Selain itu, harga minyak sawit mentah (MSM) juga meningkat sedikit dan menghampiri RM3,800 satu tan.

“Kami menjangkakan sektor tenaga akan menjadi tumpuan seiring dengan pemulihan harga minyak mentah. Sentimen positif semalaman di Nasdaq berkemungkinan menarik minat dagangan bagi sektor teknologi. 

“Di samping itu, angka kukuh prestasi Capital A (yang diumumkan semalam) akan turut meningkatkan saham berkaitan penerbangan dan pelancongan,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik satu sen kepada RM8.79, Public Bank susut satu sen kepada RM4.27, Petronas Chemical turun empat sen kepada RM8.47, CIMB rugi dua sen kepada RM5.70 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM9.52.

Bagi saham aktif, MMAG naik setengah sen kepada 2.5 sen, ATA IMS dan Cypark masing-masing meraih 3.5 sen kepada 43 sen dan 99.5 sen manakala Tanco menambah satu sen kepada 36 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 11.73 mata kepada 10,892.65, Indeks FBMT 100 meraih 12.86 mata kepada 10,566.96 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 23.68 mata kepada 11,172.81.

Indeks FBM 70 menambah 40.22 mata kepada 13,719.69 manakala Indeks FBM ACE meraih 21.66 mata kepada 5,709.25.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.47 mata kepada 191.02, Indeks Tenaga menokok 3.82 mata kepada 874.46 dan Indeks Perladangan meraih 23.28 mata kepada 6,866.89 namun Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 19.23 mata kepada 16,484.56.

— BERNAMA

TAG: Bursa Malaysia, buka, FBM KLCI, Malacca Securities

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCI
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In