• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Axis Reit Catat Untung Bersih Yang Rendah Kepada RM190.11 Juta Bagi Tahun Kewangan 2022

in Saham
A A
Axis Reit Catat Untung Bersih Yang Rendah Kepada RM190.11 Juta Bagi Tahun Kewangan 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Keuntungan bersih Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022 (FY2022) turun kepada RM190.11 juta daripada RM200.36 juta yang dicatatkan setahun lalu.

Bagaimanapun, hasil meningkat 16 peratus kepada RM281.63 juta daripada RM241.41 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata pendapatan amanah bersih dan pendapatan bersih masing-masing ialah RM191.8 juta dan RM190.1 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Ia berkata pendapatan amanah bersih termasuk keuntungan yang dinilai semula sebanyak RM27.8 juta berbanding RM67.8 juta pada FY2021, dan walaupun dengan keuntungan penilaian semula, pendapatan amanah bersih yang diselaraskan akan menjadi 20 peratus lebih tinggi tahun ke tahun.

Axis REIT juga menyatakan bahawa sepanjang FY2022 sejumlah RM57.281 juta telah ditanggung untuk kos penyelenggaraan utama dan perbelanjaan modal.

Semasa taklimat keputusan kewangan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Axis REIT Managers Bhd Leong Kit May berkata, terdapat 62 hartanah dalam portfolio dengan aset di bawah pengurusan berjumlah RM4.26 bilion dan kadar penghunian portfolio sebanyak 95 peratus dengan purata berwajaran tamat tempoh pajakan 5.3 tahun.

“Axis REIT terus memberikan prestasi kewangan yang membanggakan di sebalik portfolio kukuhnya yang diperkuatkan lagi dengan pengambilalihan baharu pada tahun itu.

“Sepanjang FY2022, Axis REIT berjaya menyelesaikan pengambilalihan empat hartanah yang keseluruhannya bernilai RM479.3 juta, dan meningkatkan jumlah pelaburan hartanah kepada RM4.3 bilion.

“Walaupun persekitaran perniagaan yang mencabar, kadar pertumbuhan pendapatan amanah bagi FY2022 telah melepasi kadar yang dicatatkan pada pra-Covid 19 bagi FY2019,” katanya.

Leong turut memberitahu 62 hartanah syarikat yang berkeluasan 12,726,260 kaki persegi dan 161 penyewa terletak di lokasi strategik di kawasan perindustrian utama seperti di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan serta Kedah dan kawasan tumpuan untuk pemerolehan yang akan datang termasuk hab perindustrian utama di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

Mengenai kepelbagaian portfolio mengikut sektor industri, beliau berkata 42 peratus daripada sektor logistik, pembuatan (30 peratus), produk pengguna (14 peratus), perkhidmatan (sembilan peratus) dan yang masih kosong ialah lima peratus.

Kepelbagaian mengikut jenis aset, beliau berkata 52 peratus ialah gudang logistik, kemudahan pembuatan (28 peratus), pejabat/perindustrian (13 peratus), pejabat (empat peratus) dan pasar raya besar (tiga peratus).

Melangkah ke hadapan, beliau berkata pihaknya terus mencari dan menilai potensi sasaran pemerolehan secara agresif yang dianggap boleh dilabur oleh Axis REIT dengan sasaran pemerolehan yang dianggarkan bernilai RM120 juta.

Pemilihan hartanah akan terus tertumpu kepada kemudahan logistik Gred A dan kemudahan pembuatan dengan pajakan yang berpanjangan daripada penyewa bersama perjanjian yang kukuh, gudang logistik yang terletak di lokasi yang sesuai untuk pengedaran jarak jauh, dan pejabat, taman perniagaan dan hartanah perindustrian yang berpotensi untuk peningkatan pada masa hadapan, katanya.

“Walaupun pandemik mungkin semakin berkurangan, komuniti perniagaan akan terus berdepan dengan satu demi satu cabaran dari semasa ke semasa.

“Namun begitu, memandangkan prestasi portfolio sedia ada Axis REIT yang memuaskan pada 2022 bersandarkan kepada strategi pertumbuhan yang telah dicuba dan diuji untuk secara aktif bagi mengejar pelaburan berkualiti, kami akan berusaha mengekalkan prestasi yang membanggakan ini untuk 2023,” tambahnya.

Axis REIT turut mengumumkan jumlah pengagihan seunit sebanyak 9.75 sen, peningkatan 2.7 peratus berbanding 9.49 sen pada FY2021.

— BERNAMA

Tags: kadar penghunian portfoliokeputusan kewangan FY2022 Axis REITLeong Kit May
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In