• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Pengambilan Untung Sederhana

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia mengalami penurunan semula daripada kenaikan semalam untuk dibuka rendah pada Rabu, berikutan pengambilan untung sederhana berlaku dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun sentimen berhati-hati menyelubungi pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras susut 3.88 mata kepada 1,495.50 daripada 1,493.56 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama pasaran itu dibuka 4.07 mata lebih rendah kepada 1,495.31.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 200 berbanding 141, manakala 283 kaunter tidak berubah, 1,557 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 243.84 juta unit bernilai RM148.04 juta.

Dalam nota penyelidikan pada Rabu, Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan kadar inflasi di zon Euro serta keputusan dasar monetari oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Japan dijangka kekal menjadi tumpuan pelabur bagi baki tempoh minggu ini.

“Sementara itu, sektor seperti pembuatan, pembinaan, perladangan dan pertanian mungkin menyaksikan aktiviti pengeluaran kembali normal selepas permintaan untuk pekerja asing dipenuhi di bawah Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing,” menurutnya.

Firma pembrokeran itu menambah, dari segi komoditi, minyak mentah Brent diniagakan melebihi US$85 setong manakala harga minyak sawit mentah (MSM) mengalami tidak banyak perubahan pada RM3,800 sekilogram.

“Sektor teknologi mungkin pulih sejajar dengan pergerakan meningkat sedikit Nasdaq di Wall Street. Sementara itu, Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dijangka memberi manfaat kepada sektor seperti pembinaan dan perladangan.

“Selain itu, sektor tenaga dijangka meraih daya tarikan dalam keadaan kenaikan harga minyak Brent,” tambahnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 1.0 sen kepada RM8.79, Public Bank dan CIMB masing-masing susut 1.0 sen kepada RM4.31 dan RM5.76, Petronas Chemicals merosot 11 sen kepada RM8.51 dan Tenaga Nasional turun 2.0 sen kepada RM9.41.

Bagi saham aktif, TT Vision melonjak RM1.08 kepada RM1.42, BSL Corp susut 3.0 sen kepada RM1.55, Velesto Energy kurang setengah sen kepada 18 sen dan DNeX tidak berubah pada 58.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 26.21 mata kepada 10,798.86; Indeks FBMT 100 susut 25.81 mata kepada 10,495.59, dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 37.29 mata kepada 11,027.98.

Indeks FBM 70 turun 27.0 mata kepada 13,439.25 namun Indeks FBM ACE meningkat 11.87 mata kepada 5,495.11.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 17.05 mata kepada 16,529.27; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 1.21 mata kepada 187.43; Indeks Perladangan meningkat 0.78 mata kepada 6,901.06 serta Indeks Tenaga menguncup 3.90 mata kepada 816.67.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In