• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Dagangan Sekuriti Serba Dinamik Akan Disambung Semula Di Bursa Malaysia Pada 13 Jan, 2023

in Catalyst
A A
Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR,  12 Jan (Bernama) — Dagangan sekuriti Serba Dinamik Holdings Bhd (SERBADK) akan disambung semula berkuat kuasa 9 pagi pada 13 Jan, 2023, kata syarikat itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, ia turut memaklumkan mengenai Pekeliling Penyenaraian berkaitan dengan penggantungan dagangan SERBADK yang akan berkuat kuasa bermula 9.00 pagi, 18 Jan, 2023, berkenaan Perintah Penggulungan terhadap syarikat itu. 

Menurut laporan berita, Mahkamah Tinggi pada 10 Jan, 2023 membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung syarikat itu dan tiga anak syarikatnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Enam institusi kewangan selaku pempetisyen saman itu adalah Standard Chartered Saadiq Bhd, HSBC Amanah Malaysia Bhd, AmBank Islamic Bhd, MIDF Amanah Investment Bank Bhd, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd.

Empat syarikat itu dikatakan mempunyai hutang berjumlah hampir RM5 bilion.

Dalam kenyataan berasingan, syarikat itu hari ini juga mengumumkan bahawa ia mengeluarkan laporan tahunannya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, hari ini. 

Sebelum ini, pada 22 Dis, 2022, syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata pengeluaran Laporan Tahunan 2022 ditangguhkan kerana penyata kewangan yang diaudit bersama-sama dengan laporan juruaudit dan pengarahnya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022, belum selesai.

Pada 19 Dis, penyedia perkhidmatan minyak dan gas yang mengalami masalah kewangan itu berkata sekiranya kumpulan itu tidak dapat menyerahkan laporan tahunan 2022 pada atau sebelum 22 Dis, 2022, dagangan sekuriti syarikat itu akan digantung bermula 9 pagi pada 23 Dis, 2022, sehingga diberitahu kelak. 

— BERNAMA

Tags: perintah penggulungansambung daganganSerba Dinamik
Share278ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In