• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Sentimen Semakin Positif Apabila Inflasi AS Mereda

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia diniaga tinggi pada dagangan pagi Jumaat didorong oleh sentimen positif selepas angka Indeks Harga Pengguna (IHP) AS terkini menunjukkan inflasi di Amerika Syarikat terus menurun, sekali gus membayangkan kadar faedah yang lebih rendah pada masa hadapan.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.54 mata kepada 1,491.20 daripada penutupan semalam iaitu 1,488.66.

Bagaimanapun, pasaran memulakan urus niaga pagi ini agak rendah, turun 0.61 mata untuk mencatatkan paras 1,488.05.

Pergerakan harga di pasaran secara meluas menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 175 berbalas 97, manakala 211 kaunter tidak berubah, 1,719 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 200.73 juta unit bernilai RM85.27 juta.

Indeks harga pengguna  (IHP) Amerika Syarikat susut 0.1 peratus pada bulan Disember seperti jangkaan, menjadikan ia penurunan terbesar sejak April 2020.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones memperoleh 217 mata manakala Nasdaq melonjak hampir 70 mata apabila hasil 10 tahun AS turun lagi kepada sekitar 3.44 peratus.

Di dalam negara, beliau berpendapat pembeli akan kembali di tengah-tengah situasi inflasi AS yang semakin mereda yang turut menyaksikan ringgit mengukuh berbanding dolar AS hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB naik tiga sen kepada RM5.78, Tenaga Nasional dan Telekom menokok lima sen masing-masing menjadi RM9.45 dan RM5.18 manakala Sime Darby Bhd menambah empat sen kepada RM2.31 dan Maybank peroleh dua sen menjadi RM8.82 .

Bagi saham aktif, Serba Dinamik, Zen Tech International dan Hong Seng masing-masing menambah setengah sen kepada 1.5 sen, tiga sen dan 15.5 sen sementara Nationagate Holdings meningkat tujuh sen kepada RM1.07, manakala Artroniq susut 2.5 sen kepada 84 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 21.42 mata kepada 10,764.18, Indeks FBMT 100 mengukuh 20.25 mata menjadi 10,461.33 dan Indeks FBM Emas Syariah meraih 28.59 mata kepada 10,973.44.

Indeks FBM 70 meningkat 36.16 mata kepada 13,377.63 manakala Indeks ACE FBM melonjak 39.25 mata kepada 5,467.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 16.03 mata kepada 16,553.72 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.14 mata menjadi 183.95.

Indeks Perladangan pula menambah 21.08 mata kepada 6,943.70 dan Indeks Tenaga memperoleh 4.62 mata kepada 820.89.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIIHPRakuten Trade
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In