• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Pamer Dagangan Kukuh Pada Sesi Awal Urus Niaga Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi untuk hari kedua berturut-turut pada pagi urus niaga Khamis, menjejaki keuntungan semalaman Wall Street apabila peniaga bertambah yakin bahawa inflasi di Amerika Syarikat semakin mereda serta keberkesanan langkah menaikkan kadar oleh Rizab Persekutuan sebelum ini, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.99 mata kepada 1,489.86 daripada penutupan semalam 1,487.87.

Pasaran dibuka 0.70 mata lebih kukuh pagi ini pada 1,488.57.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 164 berbalas 130, manakala 274 kaunter tidak berubah, 1,634 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 308.13 juta unit bernilai RM171.92 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpendapat pengumpulan membabitkan saham-saham terpilih akan berterusan hari ini dengan minat tertumpu pada saham tenaga di tengah-tengah pemulihan harga minyak mentah.

“Minyak mentah Brent melonjak kepada hampir US$83 setong berikutan pembukaan semula China, ditambah pula dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menyaksikan lebih banyak pergerakan,” katanya kepada Bernama.

Mengenai prestasi Wall Street, beliau berkata Purata Perindustrian Dow Jones melonjak hampir 270 mata manakala Nasdaq naik 190 mata apabila hasil Perbendaharaan AS 10 tahun susut kepada 3.54 peratus.

Di dalam negara, beliau turut menjangkakan indeks FBM KLCI berada dalam julat 1,485-1,495 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Dagangan dan Hong Leong Bank, masing-masing peroleh enam sen kepada RM22.80 dan RM20.78 sementara Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM9.44.

Sementara itu, Hong Leong Financial Group dan Telekom Malaysia tidak berubah masing-masing pada RM18.86 dan RM5.19, dan Nestle pula susut 30 sen kepada RM137.20.

Bagi saham aktif, Nationgate Holdings melonjak 47 sen kepada 85 sen, Minetech Resources meningkat satu sen menjadi 6.5 sen dan Dolphin International susut 1.5 sen kepada satu sen, manakala Progressive Impact Corporation dan Tanco tidak berubah, masing-masing pada 29 sen dan 38 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 14.94 mata kepada 10,741.32, Indeks FBMT 100 mengukuh 14.83 mata menjadi 10,438.75, dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 14.57 mata kepada 10,931.66.

Indeks FBM 70 meraih 22.61 mata kepada 13,291.92 sementara Indeks ACE FBM meningkat 18.79 mata kepada 5,428.55.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 24.53 mata untuk mencatatkan paras 16,590.00 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.19 mata kepada 183.49.

Indeks Perladangan menokok 16.05 mata kepada 6,950.73 dan Indeks Tenaga memperoleh 5.86 mata kepada 819.76.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIminyak mentah BrentRakuten Trade
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In