• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Aktiviti Buru Saham Murah Rancakkan Dagangan Bursa Malaysia Pada Sesi Pembukaan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) — Aktiviti memburu saham berharga murah mendorong Bursa Malaysia dibuka dalam zon positif pada pagi urus niaga Khamis.

Pada 9.38 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.55 mata kepada 1,475.10 daripada 1,469.55 pada penutupan urus niaga Rabu.

Pasaran pagi ini memulakan dagangan dengan 2.91 mata lebih tinggi pada 1,472.46.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 273 berbalas 204, manakala 292 kaunter tidak berubah, 1,440 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 657.43 juta unit bernilai RM208.27 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd,  walaupun terdapat aktiviti memburu saham berharga murah, sentimen keseluruhan masih agak membosankan kerana bursa tempatan sedang mengalami konsolidasi yang sederhana.

“Namun begitu, kami masih berpendapat bahawa ekuiti tempatan sudahpun matang untuk pengumpulan dan indeks dijangka menunjukkan lantunan dalam masa terdekat. Oleh itu, kami mengunjurkan indeks berada dalam juat 1,465-1,475 hari ini.

“Sementara itu, kebimbangan terhadap permintaan yang lemah dari Amerika Syarikat menyaksikan harga minyak mentah merosot teruk dengan minyak mentah Brent lemah menjadi US$78 setong dan ini boleh memberi kesan kepada stok minyak dan gas hari ini,” katanya dalam nota hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lima sen kepada RM8.76, Public Bank dan TNB menokok tiga sen, masing-masing mencatatkan RM4.31 dan RM9.40, CIMB meningkat tujuh sen kepada RM5.72  manakala Digi tidak berubah pada RM3.84 dan Petronas Chemicals susut lima sen menjadi RM8.40.

Bagi saham aktif, Prolexus peroleh 3.5 sen kepada 54 sen dan Citaglobal naik setengah sen menjadi 33 sen, manakala Velesto tidak berubah pada 15.5 sen, Hong Seng Consolidated turun setengah sen kepada 17.5 sen, Revenue Group susut tujuh sen menjadi 60.5 sen dan L&P Global lemah dua sen kepada 52 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 37.98 mata kepada 10,600.38, Indeks FBMT 100 meningkat sebanyak 38.33 mata menjadi 10,310.13, dan Indeks FBM Emas Syariah lebih tinggi 21.82 mata kepada 10,780.56.

Indeks FBM 70 memperoleh 46.49 mata kepada 13,019.12 manakala Indeks ACE FBM mengecil  10.31 mata kepada 5,368.22.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 100.91 mata menjadi 16,421.45, Indeks Perladangan 6.06 mata lebih tinggi pada 6,883.60, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.02 mata kepada 181.40 dan Indeks Tenaga berkurangan 2.58 mata kepada 778.65.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCI
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In