• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seketika Sebelum Pamer Trend Menaik

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini agak rendah tetapi berubah menjadi tinggi tidak lama kemudian apabila selera terhadap belian bertambah baik.

Pada 9.29 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.45 mata kepada 1,474.44 daripada 1,473.99 pada penutupan urus niaga Selasa.

Pasaran dibuka 1.14 mata lebih rendah pada paras 1,472.85.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 225 berbalas 201, manakala 275 kaunter tidak berubah, 1,513 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 500.95 juta unit bernilai RM185.38 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, penyusutan bursa tempatan semalam boleh dianggap sebagai sesuatu yang sihat sementara aktiviti memburu saham berharga murah sepatutnya meningkat untuk saham-saham yang kurang nilai walaupun kebimbangan terhadap varian sampingan COVID-19 dijangka terus menjejaskan sentimen pelabur.

“Namun, kami percaya pembukaan semula sempadan perjalanan China mungkin menyediakan pertumbuhan yang baik untuk kebanyakan negara ekonomi global dengan satu lagi pusingan permintaan terpendam,” katanya dalam satu nota semalam.

Firma pembrokeran itu seterusnya menyatakan ia mengekalkan pendirian positif terhadap sektor minyak dan gas serta perladangan memandangkan harga komoditi asas yang kekal kukuh mampu menolak naik sektor berkenaan.

“Selain itu, sektor pelancongan juga diunjur mempamerkan pemulihan dengan aktiviti pelancongan meningkat di tengah-tengah pembukaan semula sempadan China. Sementara itu, sektor penjagaan kesihatan boleh mengambil kesempatan daripada kebimbangan terhadap varian COVID-19,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.31, CIMB meraih empat sen menjadi RM5.74, TNB meningkat satu sen kepada RM9.31, Maybank susut tiga sen menjadi RM8.68, Petronas Chemicals turun 13 sen kepada RM8.47 manakala IHH Healthcare lemah satu sen kepada RM6.

Bagi saham aktif, Hong Seng Consolidated naik setengah sen kepada 22.5 sen, L&P Global meningkat tiga sen kepada 57.5 sen, Cypark menambah dua sen menjadi 54 sen, Lion Industries mengembang 1.5 sen kepada 40 sen dan Citaglobal tidak berubah pada 33 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 3.57 mata kepada 10,590.92, Indeks FBMT 100 menambah 1.87 mata menjadi 10,303.29 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 11.60 mata kepada 10,785.23.

Indeks FBM 70 menyusut 3.20 mata menjadi 13,000.59 manakala Indeks FBM ACE turun 11.74 mata kepada  5,325.41.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 57.28 mata kepada 16,416.57, Indeks Perladangan susut 3.06 mata menjadi 6,970.77, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.06 mata kepada 180.84, dan Indeks Tenaga berkurangan 0.03 mata kepada 781.32.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In