• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Aktiviti Memperelok Akaun Dijangka Berterusan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini, Dagangan Wall Street Turut Lemah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka kukuh bagi hari dagangan terakhir 2022 pada Jumaat, apabila indeks barometer bergerak menghampiri paras 1,500 dengan dirangsangkan oleh aktiviti memperelok akaun akhir tahun.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 4.2 mata kepada 1,495.83 daripada 1,491.63 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks utama pasaran itu dibuka 0.30 mata lebih tinggi kepada 1,491.93.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 226 berbanding 138, manakala 240 kaunter tidak berubah, 1,651 kaunter tidak diniagakan dan 49 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 179.51 juta unit bernilai RM102.07 juta.

Pasaran serantau juga diunjurkan meningkat semula, mengambil petunjuk daripada kenaikan kukuh berterusan di Wall Street, yang menyaksikan S&P 500 dan Nasdaq masing-masing merekodkan peningkatan peratusan sehari terbesar dalam tempoh sebulan didorong keyakinan yang timbul susulan angka tuntutan pengangguran terkini AS.

Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd pula menjelaskan lantunan pasaran serantau itu dijangka memberi kesan limpahan kepada pasaran tempatan, dengan aktiviti dagangan kekal positif.

Firma pembrokeran itu juga yakin saham perbankan, perubatan, telekomunikasi dan perjudian akan menjadi tumpuan, selain saham perkapalan, pelancongan, pengguna dan lapangan terbang susulan tema pembukaan semula China, sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat.

Antara saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals meningkat sembilan sen kepada RM8.62 dan Hong Leong Bank menokok 18 sen kepada RM20.72, manakala Public Bank, CIMB, Digi, RHB dan TM masing-masing menambah tiga sen kepada RM4.38, RM5.83, RM3.98, RM5.78 dan RM5.33.

Bagi saham aktif, Infoline Tec naik 3.5 sen kepada 93 sen, manakala Vinvest dan Berjaya masing-masing tidak berubah pada 19.5 sen dan 29 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 26.70 mata kepada 10,707.90; Indeks FBMT 100 naik 27.92 mata kepada 10,428.50; Indeks FBM Emas Syariah menokok 12 mata kepada 10,896.40; Indeks FBM 70 menambah 28.80 mata kepada 13,053.23 manakala Indeks FBM ACE susut 11.83 mata kepada 5,334.38.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 67.75 mata kepada 16,604.46; Indeks Perladangan menambah 15.01 mata kepada 7,062.93; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.48 mata kepada 181.71 manakala Indeks Tenaga menambah 2.41 mata kepada 776.72.

— BERNAMA

Tags: aktiviti memperelok akaunBursa MalaysiaChinaFBM KLCIperbankan
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In