• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka kebanyakannya tidak berubah pada Rabu, dengan indeks penanda aras bergerak di antara wilayah peningkatan dan penurunan pada permulaan hari dagangan.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.27 mata kepada 1,474.96 daripada 1,474.69 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 1.14 mata lebih rendah kepada 1,473.55.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 149 berbanding 133, manakala 227 kaunter tidak berubah, 1,760 kaunter tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 148 juta unit bernilai RM68.8 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, bursa tempatan mungkin bersedia untuk pulih, disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah memandangkan tindakan China melonggarkan langkah kuarantin COVID-19 sewajarnya menambah baik sentimen.

Walau bagaimanapun, firma pembrokeran itu menjangkakan aktiviti pengambilan untung yang pantas di Wall Street boleh menjejaskan permintaan terhadap ekuiti global.

Pasaran saham AS ditutup bercampur-campur dengan Indeks Dow Jones mencatatkan kenaikan kecil, manakala Nasdaq susut apabila pelabur telah sedia mempertimbangkan kesinambungan hasil tinggi ditambah dengan kebimbangan mengenai prospek ekonomi bagi 2023.

“Dari segi komoditi, harga minyak mentah Brent stabil di atas paras US$84 setong susulan prospek pembukaan semula permintaan dari China serta tindakan Rusia melarang bekalan ke negara-negara yang mengenakan had harga.

“Sementara itu, harga minyak sawit mentah (MSM) ditutup melebihi RM4,100 satu tan,” jelasnya dalam nota penyelidikan.

Firma itu menjelaskan, justeru, ini boleh menjadi pemangkin bagi permintaan berterusan untuk kaunter tempatan berkaitan tenaga dan sawit.

Kebanyakan saham wajaran tinggi perbankan pulih sedikit daripada penurunan ketara semalam dengan Maybank dan CIMB masing-masing meningkat tiga sen kepada RM8.67 dan RM5.68 manakala RHB dan Public Bank masing-masing naik dua sen kepada RM5.67 dan RM4.32.

Sementara itu, Sime Darby Plantation susut 10 sen kepada RM4.47 selepas kenaikan kukuh berterusan pada sesi sebelum ini. IOI dan KLK masing-masing kurang dua sen kepada RM4.02 dan RM21.72.

Bagi saham aktif, Cypark Advance naik tiga sen kepada 47 sen, Berjaya menambah satu sen kepada 30.5 sen dan Top Glove menokok setengah sen kepada 93 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 4.02 mata kepada 10,614.90; Indeks FBMT 100 naik 1.40 mata kepada 10,323.03; manakala  Indeks FBM Emas Syariah turun 13.98 mata kepada 10,830.44; Indeks FBM 70 kurang 0.25 mata kepada 13,095.63 dan Indeks FBM ACE susut 2.19 mata kepada 5,351.46.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 48.48 mata kepada 16.402.85; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.06 mata kepada 180.33; Indeks Perladangan turun 36.39 mata kepada 6,952.04 dan Indeks Tenaga kurang 0.40 mata kepada 787.55.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaekuitiFBM KLCIMalacca Securitiespengambilan untungsahamWall Street
Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In