• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Dyson Tamatkan Kontrak Dengan Unit ATA IMS Bhd

in Catalyst
A A
Dyson Tamatkan Kontrak Dengan Unit ATA IMS Bhd

Gambar: ATA IMS

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — ATA IMS Bhd menerima notis penamatan untuk pelbagai kontrak daripada Dyson Manufacturing Sdn Bhd dan Dyson Operations Pte Ltd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik itu berkata JABCO Filter System Sdn Bhd menerima notis penamatan daripada Dyson Manufacturing berkaitan kontrak pinjaman peralatan bertarikh 5 Okt 2009; kontrak pembekal pilihan untuk pembekalan komponen/bahan bertarikh 6 Julai 2010 dan perjanjian rangka kerja untuk pembekalan barang/perkhidmatan bertarikh 1 Sept 2010.

Makluman itu juga menyatakan Winsheng Plastic Industry Sdn Bhd (WSP) turut menerima notis penamatan daripada Dyson Manufacturing untuk kontrak pembekal pilihan bertarikh 13 April 2017; perjanjian pembekalan barang/perkhidmatan bertarikh  15 Julai 2014; dan perjanjian rangka kerja untuk bekalan barangan/perkhidmatan bertarikh 18 Jan 2018.

WSP juga menerima notis penamatan daripada Dyson Operations untuk kontrak pembekal pilihan 14 Jun 2012 dan perjanjian pinjaman peralatan 19 Sept 2014.

Tarikh kuat kuasa penamatan ialah 31 Mac 2023, atau tarikh yang dipersetujui oleh pihak terlibat, menurut makluman itu.

ATA IMS berkata jualan produk mewakili 100 peratus daripada hasil JABCO dan 82 peratus daripada hasil WSP. Secara kolektif, jualan produk Dyson adalah kira-kira 42 peratus daripada hasil kumpulan untuk enam bulan berakhir 30 Sept 2022.

Ia akan berbincang dengan Dyson untuk membeli semula stok berjumlah RM60 juta setakat 30 Sept 2022, untuk memastikan ia boleh diselesaikan sebelum 31 Mac 2023.

Rosot nilai muhibah penyatuan RM76.4 juta, aliran tunai terdiskaun dan ujian sensitiviti perlu dilaksanakan terhadap unjuran baharu berikutan pelbagai penamatan ini.

Nilai buku bersih hartanah, kilang, dan peralatan, yang kini digunakan untuk pesanan pelanggan, dianggarkan kira-kira RM80 juta.

Syarikat itu juga bekerjasama dengan pelanggan dan pembekal untuk mengenal pasti pesanan pembelian bahan dan komponen yang tidak boleh dibatalkan untuk tarikh penghantaran selepas 31 Mac 2023.

Disebabkan penamatan kontrak, perjanjian penyewaan tertentu untuk pemajakan kilang pengeluaran, gudang dan asrama mungkin perlu disemak untuk tujuan pengecilan saiz, katanya.

ATA IMS akan menjalankan langkah pengecilan dan pemotongan kos selanjutnya serta meningkatkan usaha untuk mendapatkan pelanggan baharu dan peluang perniagaan baharu. Makluman itu juga mengatakan kontrak telah ditamatkan tanpa sebab atau dengan notis. Ia akan mengambil nasihat undang-undang untuk mencari jalan penyelesaian.

— BERNAMA

Tags: ATA IMSDysonJABCOpenamatan kontrakWSP
Share274ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In