• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

CelcomDigi, Petronas Bekerjasama Dalam Transformasi Digital Luar Persisir

in Catalyst
A A
CelcomDigi, Petronas Bekerjasama Dalam Transformasi Digital Luar Persisir
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Celcom Axiata Bhd dan Digi Telecommunications Sdn Bhd (CelcomDigi) telah bekerjasama dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk melengkapkan platform luar pesisirnya dengan sambungan tanpa wayar penuh seiring dengan matlamat syarikat tenaga global itu untuk memiliki platform kesalinghubungan yang paling banyak di Asia.

CelcomDigi dalam satu kenyataan hari ini berkata persekitaran komunikasi yang lebih baik di platform akan memberi banyak manfaat kepada tenaga kerja luar pesisir Petronas yang terletak di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Memiliki liputan kesalinghubungan berkelajuan tinggi penuh pada platform tersebut bermakna ia mempunyai 100 peratus keupayaan tanpa wayar yang membolehkan ahli kru platform mempunyai mobiliti 100 peratus dan menguruskan tugas mereka dari jarak jauh dengan peranti pintar.

“Ia boleh dilengkapi dengan peranti Internet Pelbagai Perkara untuk memastikan ia sentiasa berhubung sepanjang masa tidak kira di mana ia berada di platform dan memberi amaran terhadap sebarang bahaya yang berpotensi berlaku,” kata kenyataan itu.

Rakan kongsi penyelesaian ketersambungan digital CelcomDigi akan menggunakan dan memudahkan rangkaian evolusi jangka panjang (LTE) persendirian ke semua platform luar pesisir utama serta memperkasakan rangkaian teras LTE khusus di pusat data Petronas.

CelcomDigi juga akan menyediakan Petronas perkhidmatan komprehensif untuk mengurus operasi rangkaian secara menyeluruh, penyelenggaraan di lapangan dan pemantauan perkhidmatan oleh jurutera operasi yang berkemahiran tinggi.

Penggunaan rangkaian LTE persendirian terjamin itu dimulakan pada 2019 di salah satu platform luar pesisir utama Petronas, ia membolehkan kerjasama masa nyata dan meningkatkan produktiviti pada platform dengan ketara, katanya.

Ketua Pegawai Digital Petronas, Aadrin Azly berkata pada setiap transformasi, digital harus sentiasa melayani kepentingan perniagaan dan kakitangannya.

“Petronas tidak terkecuali daripada etos ini. Menerusi keupayaan untuk menyambungkan aset pada jarak jauh dan menyokong kependaman rendah dan pemindahan data jalur lebar berkelajuan tinggi, ketersambungan Digi sangat sesuai dengan persekitaran luar pesisir serta menyediakan komunikasi yang sangat diperlukan dengan orang tersayang bagi mereka yang tinggal dan bekerja di luar pesisir selama beberapa minggu pada satu masa,” katanya.

Ketua Jualan Perusahaan CelcomDigi, Patricia Chooi berkata kerjasama itu menekankan komitmen untuk menyampaikan pengalaman digital terbaik untuk meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan pekerja Petronas serta meningkatkan produktiviti di platform luar pesisir.

“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan pendigitalan ini untuk menyokong usaha Petronas bagi menghubungkan semua platform dan kemudahan luar pesisirnya dengan teknologi inovatif serta penyelesaian digital yang khusus untuk meningkatkan prestasi operasinya dan mengekalkan standard keselamatan yang tinggi,” katanya.

— BERNAMA

Tags: CelcomDigikerjasamaPetronas
Share245ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In