• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Top Glove Jangka Harga Jualan Purata Sarung Tangan Terus Susut

in Catalyst, Saham
A A
Top Glove Harap Lanjutan Insentif Hijau, Cukai Korporat Dikurangkan Dalam Bajet 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Top Glove Corporation Bhd menjangkakan harga jualan purata (ASP) untuk kedua-dua sarung tangan getah nitril dan asli akan terus menurun kerana dinamik pasaran kekal lemah, kata Pengarah Urusan Lim Cheong Guan.

Beliau berkata ASP untuk sarung tangan nitril, khususnya, ia menyusut disebabkan situasi lebihan bekalan, mengakibatkan tekanan pasaran pada kedua-dua harga dan volum jualan, yang kedua-duanya menyaksikan aliran menurun.

Faktor yang mempengaruhi volum jualan, kedua-dua ASP dan volum lain adalah disebabkan terutamanya oleh aliran globalisasi yang berterusan dan ketidakpadanan permintaan dan bekalan sarung tangan serta pesanan yang lebih perlahan daripada pelanggan kerana tiada keperluan mendesak untuk mereka membuat pesanan yang besar.

“Oleh itu, kami menjangkakan penurunan selanjutnya dalam ASP, dan juga masa penghantaran untuk pengeluar adalah singkat disebabkan penggunaan (kapasiti) yang rendah dalam kalangan pengeluar,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi kewangan syarikat untuk suku pertama berakhir 30 Nov 2022, hari ini.

 Disebabkan oleh tekanan yang berterusan, Top Glove mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM168.24 juta pada suku pertama tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Ogos 2023 berbanding keuntungan bersih RM185.72 juta pada suku pertama 2022, apabila jumlah jualan berkurangan sekira-kira 48 peratus tahun ke tahun.

Bagaimanapun, Lim menyatakan bahawa penurunan dalam ASP sarung tangan semakin perlahan, menunjukkan bahawa aliran menurun tidak akan berterusan selama-lamanya.

“ASP untuk sarung tangan dijangka kembali normal dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” katanya.

Kumpulan itu juga menjangkakan untuk memperoleh beberapa faedah daripada trend penurunan harga bahan mentah; dengan harga lateks pekat asli purata menurun sebanyak tujuh peratus kepada RM4.73 sekilogram manakala harga lateks nitril telah menurun sebanyak 49 peratus  tahun ke tahun kepada US$0.91 sekilogram (US$1=RM4.40).

“Top Glove mengekalkan prospek jangka panjang yang positif untuk industri sarung tangan apabila permintaan terus meningkat sebanyak 10 peratus setiap tahun, dirangsang oleh penggunaan sarung tangan yang lebih tinggi dan kesedaran kebersihan selepas pandemik.

“Kami beroperasi di tengah-tengah beberapa cabaran yang melanda industri sejak enam bulan lepas. Ini dijangkakan ketika kami melalui proses normalisasi sebelum pemulihan pada akhirnya,” katanya.

Walaupun prospek jangka panjang untuk industri sarung tangan adalah positif, Top Glove menjangkakan persekitaran yang mencabar akan berterusan menjelang tahun 2023.

Lim berkata kumpulan itu sedar bahawa tempoh pelarasan dijangkakan berikutan pandemik global yang besar.

“Bagaimanapun, kami optimis bekalan dan permintaan sarung tangan akhirnya akan mengimbangi semula untuk lebih mewakili tahap penggunaan sebenar dan potensi sebenar industri,” katanya.

— BERNAMA

Tags: ASPbekalanhargaKeputusanpermintaanprospeksarung tanganTop Glove
Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In