• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

NationGate Sasar Raih RM165.5 Juta Daripada ‘Penyenaraian Terbesar ACE’

in Market Update, Saham
A A
NationGate Sasar Raih RM165.5 Juta Daripada ‘Penyenaraian Terbesar ACE’
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — NationGate Holdings Bhd (NationGate) menyasarkan untuk meraih RM165.5 juta daripada penyenaraian modalnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia yang dijadualkan pada 12 Jan 2023.

“Dengan harga terbitan RM0.38 sesaham dan modal saham yang diperbesarkan berjumlah 2.1 bilion saham, syarikat dijangka mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM788.1 juta dengan penyenaraiannya pada 12 Januari 2023, menjadikannya yang terbesar di Pasaran ACE Bursa Securities,” kata penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) itu dalam satu kenyataan.

Daripada jumlah hasil itu, syarikat bercadang menggunakan RM48.4 juta (29.2 peratus) untuk keperluan modal kerjanya bagi membeli bahan mentah, barang-barang guna habis dan komponen elektronik yang digunakan untuk aktiviti EMS Syarikat sejajar dengan pertumbuhan yang dijangkakan dalam aktiviti perniagaan EMSnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Sebanyak RM5.9 juta (3.6 peratus) lagi daripada hasil akan digunakan untuk membeli mesin dan peralatan tambahan untuk mengembangkan kapasiti pemasangan teknologi pelekap permukaan (SMT) dan meningkatkan kecekapan pengeluarannya. 

Baki hasil sebanyak RM105.5 juta (63.8 peratus) dan RM5.7 juta (3.4 peratus) masing-masing akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank dan untuk membayar anggaran perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Urusan Ooi Eng Leong berkata selaras dengan strategi syarikat untuk mengembangkan perniagaan EMSnya, syarikat akan menambah empat barisan pemasangan SMT untuk perkhidmatan pemasangan papan litar bercetak.

“Mesin dan peralatan baharu ini juga dijangka meningkatkan kecekapan EMS kami. Pada 14 November 2022, kami mempunyai kapasiti pengeluaran bulanan untuk perkhidmatan SMT sehingga 1,257,600,000 titik pelekap sebulan.

“Setelah selesai pengembangan barisan pemasangan SMT kami dalam tempoh 36 bulan, kapasiti pengeluaran bulanan kami dijangka meningkat sehingga 38,400,000 titik pelekap kepada maksimum 1,296,000,000 titik pelekap sebulan,” katanya dalam sidang media maya sempena pelancaran prospektus hari ini.

Pengarah perkhidmatan korporat syarikat Tay Seng Chew berkata pasaran EMS masih berkembang kukuh walaupun kadar faedah meningkat dan jangkaan kemelesetan global.

“Kami secara umumnya berada dalam rangkaian infrastruktur dan telekomunikasi. Kami juga berada dalam segmen instrumentasi industri, segmen pengkomputeran komputer data dan segmen automotif.

“Jadi segmen ini dijangka memberi kami pertumbuhan yang baik menjelang 2023 dan dalam beberapa tahun akan datang dalam jangka pertengahan,” katanya.

Tawaran awam permulaan (IPO) NationGate  dibuka untuk langganan hari ini sehingga 30 Dis 2022.

IPO itu terdiri daripada terbitan awam sebanyak 435.5 juta saham baharu dan tawaran untuk penjualan 290.4 juta saham sedia ada.

— BERNAMA 

Tags: IPONationGatepasaran ACE
Share290ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In