• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

ITMAX System Mulakan Penampilan Sulung Yang Kukuh Di Pasaran Utama

in Saham
A A
10 Fakta Menarik Tentang IPO ITMAX System Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — ITMAX System Bhd memulakan penampilan sulung yang kukuh di Pasaran Utama Bursa Malaysia, mencatatkan harga RM1.52, premium sebanyak 45 sen daripada harga terbitan RM1.07. 

Pada loceng pembukaan, kaunternya menyaksikan sebanyak 18.53 juta saham bertukar tangan.

Pembekal sistem rangkaian ruang awam itu telah mengumpul RM203.89 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO)nya.

“Dana yang diperoleh akan digunakan bagi merealisasikan komitmen kami untuk terus membangun dan membina bandar pintar. Kami juga akan mengembangkan infrastruktur sistem telekomunikasi dan data untuk memastikan kami mempunyai asas yang kukuh untuk menyokong sistem,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif William Tan Wei Lun.

Daripada jumlah hasil yang dijana, ITMAX telah memperuntukkan RM85 juta untuk pengembangan aplikasi bandar pintarnya, manakala RM12.50 juta dan RM20 juta telah diketepikan masing-masing untuk pengembangan keupayaan penyelidikan dan pembangunan serta pasaran perusahaan.

Sebanyak RM39.50 juta lagi diperuntukkan untuk pengembangan infrastruktur rangkaian dan telekomunikasi, RM29.08 juta untuk modal kerja manakala RM8 juta untuk pembayaran balik pinjaman.

Mengenai rancangan pengembangan, Tan berkata syarikat itu merancang untuk memberi tumpuan kepada sumbernya untuk mengembangkan perniagaan ke negeri-negeri lain di Malaysia dengan memperkenalkan kamera dan aksesori berkaitan ke pasaran.

“Kami menyediakan pengawasan video dengan menjana statistik dan laporan menggunakan kecerdasan buatan. Kami menyasar untuk membawa sistem itu ke semua bandar utama di Malaysia. Ini penting, terutamanya memandangkan pengawasan video di kebanyakan bandar mempunyai kurang daripada 100 kamera.

“Kami bermula pada 2018 dengan sekitar 1,000 kamera di Kuala Lumpur dan kini kami telah memasang 5,000 kamera di bandar ini.

“Untuk meliputi lebih banyak titik buta, adalah ideal untuk mempunyai kira-kira 50,000 kamera di bandar. Kami akan mengambil sedikit masa tetapi saya merasakan ia boleh dicapai dalam masa 10 tahun,” katanya.

Tan berkata nilai perolehan kontrak terkumpul syarikat berjumlah RM600 juta dengan 19 kontrak yang telah ditandatangani sehingga 2029.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaIPOITMAX SystemPasaran Utamatinjauan
Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In