KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd (BAuto) melonjak kepada RM65.67 juta pada suku kedua berakhir 31 Okt 2022 daripada RM26.04 juta pada suku yang sama tahun lepas, didorong oleh peningkatan hasil.
Hasil naik 61.9 peratus kepada RM782.97 juta berbanding RM483.84 juta sebelum ini, terutamanya disebabkan oleh penyelesaian berterusan pesanan tertunggak yang besar yang diterima sebelum tamat insentif pengecualian cukai jualan pada 30 Jun 2022 untuk ketiga-tiga pasaran dalam kumpulan.
“Margin kasar untuk operasi Mazdanya bertambah baik berikutan perubahan dalam komposisi campuran jualan dan peningkatan nilai ringgit berbanding yen Jepun.
“Begitu juga, sumbangan daripada syarikat bersekutunya, Mazda Malaysia Sdn Bhd, meningkat sejajar dengan volum jualan yang lebih tinggi dalam pasaran domestik,” katanya dalam satu kenyataan yang dimaklumkan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Dalam suku yang ditinjau, kumpulan itu mencatatkan sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi Peugeot dan Kianya.
BAuto mengumumkan dividen interim satu peringkat kedua sebanyak 3.50 sen sesaham, yang perlu dibayar pada 6 Jan 2023.
Bagi tempoh enam bulan kumulatif berakhir 31 Okt 2022, keuntungan bersih syarikat melonjak kepada RM115.83 juta daripada RM36.31 juta, manakala hasil meningkat kepada RM1.50 bilion berbanding RM804.63 juta sebelumnya.
Melangkah ke hadapan, BAuto berkata sektor automotif akan terus menghadapi persaingan sengit daripada vendor bukan tradisional dalam industri elektronik, elektrik dan berkaitan IT untuk pembekalan cip mikro dan komponen.
“Penyambungan semula pengeluaran secara beransur-ansur oleh pengeluar semikonduktor di dalam dan luar negara akan membantu mengurangkan keadaan kekurangan cip mikro dan komponen.
“Berdasarkan perkara tersebut dan tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, para pengarah menjangkakan prestasi kumpulan akan kekal positif untuk baki tahun kewangan berakhir 30 April 2023 (tahun kewangan 2023),” katanya.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




