• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Gamuda Sasar Projek Pembangunan Pam Hidro Di Australia

in Catalyst, Saham
A A
Gamuda Sasar Projek Pembangunan Pam Hidro Di Australia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Gamuda Bhd menyasarkan beberapa projek pembangunan pam hidro di Australia dalam usaha mempelbagaikan portfolionya untuk menjadi antara peserta utama dalam perniagaan tenaga boleh baharu (RE).

Pengarah Urusan kumpulan Datuk Lin Yun Ling berkata pelan RE Gamuda telah melebihi sempadan Malaysia yang menyaksikan Australia sebagai pasaran terpenting dan utama bagi kumpulan itu.

“Australia dijangka muncul sebagai pengeluar dan pengeksport utama RE dalam masa beberapa tahun akan datang dan kumpulan bersedia untuk membida projek di negara berkenaan. 

“Ada beberapa (projek) mengenai RE yang telah dalam perancangan oleh kerajaan Australia yang mempunyai tumpuan kukuh kepada penghasilan tenaga hijau, dan antara yang kami bida adalah di Tasmania,” katanya pada sidang akhbar secara maya sempena Mesyuarat Agung Tahunan Gamuda ke-46 hari ini.

Lin berkata kumpulan itu telah memperuntukkan jumlah pelaburan bernilai RM2 bilion bagi segmen RE di bawah pelan perniagaan lima tahunnya dengan matlamat untuk menyediakan sumber tenaga hijau mencukupi bagi memenuhi permintaan besar di pasaran dalam masa beberapa tahun akan datang.

“Pada masa ini, di Malaysia, wujud ketidakseimbangan bekalan-permintaan bagi tenaga hijau, dan apabila kitaran yang mencabar ini ditangani, kita akan menyaksikan permintaan besar.

“Kami tidak perlu mendapatkan dana luaran bagi (peruntukan) RM2 bilion itu memandangkan tahap kadar hutang kami hampir sifar. Melihat kepada asas aset kami, kami boleh meminjam sehingga RM7-8 bilion, dan had tahap kadar hutang adalah 70 peratus daripada aset bersih kami,” katanya.

Baru-baru ini, Gamuda menandatangani perjanjian langganan dan pemegang saham dengan ERS Energy Sdn Bhd untuk melanggan saham baharu mewakili 30 peratus kepentingan ekuiti dalam penyedia perkhidmatan tenaga solar tempatan itu.

Pelaburan strategik dan kerjasama dengan ERS itu adalah langkah kukuh untuk mempercepat pelan RE berskala besar Gamuda.

Lin berkata, kumpulan itu bukan sahaja ingin berperanan sebagai kontraktor ladang solar berikutan membeli kepentingan dalam ERS Energy, malah, turut mengadakan perbincangan lanjut dengan aset RE berskala besar lain.

Beliau menegaskan bahawa terdapat keperluan untuk mempercepat tindakan yang jelas ke arah penyahkarbonan di negara ini.

“Susulan pembentukan kerajaan baharu dan kehadiran ramai muka baharu, mereka boleh tampil dengan idea, dasar baharu serta pendekatan lebih berkesan untuk memastikan langkah penyahkarbonan negara mencapai objektif sifar bersih,” katanya.

— BERNAMA

Tags: AustraliaERS EnergyGamudaHidroRE
Share241ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In