• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman di Wall Street berikutan keresahan peniaga terhadap potensi kelembapan ekonomi Amerika Syarikat di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemelesetan baharu.

Pada 9.25 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.21 mata kepada 1,468.34 daripada 1,471.55 sewaktu ditutup pada Selasa.

Saham pandu pasaran dibuka rendah 0.09 mata kepada 1,471.46.  

Di pasaran secara meluas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 313 berbanding 162, manakala 303 kaunter tidak berubah, 1,477 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berada pada 416.46 juta unit bernilai RM184.16 juta

Dalam nota penyelidikan hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata bursa tempatan telah bersedia untuk meningkat selepas merosot 30 mata sejak tiga hari lepas.

Malah, katanya kelonggaran sekatan COVID-19 secara berperingkat di China sewajarnya membawa petanda baik kepada prestasi pasaran serantau.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks akan bergerak dalam jajaran 1,470-1,490 hari ini dengan tumpuan mungkin terarah kepada saham-saham perladangan disebabkan harga minyak sawit mentah naik melebihi RM4,000 satu tan selepas berita mengenai cadangan biobahan api Indonesia yang berupaya mengurangkan bekalan eksport,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB dan TNB masing-masing meningkat tiga sen kepada RM5.60 and RM9.21, manakala Maybank dan Public Bank masing-masing susut dua sen kepada RM8.59 dan RM4.43, dan Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing berkurangan satu sen kepada RM8.55 dan RM5.81. 

Bagi saham aktif, Solution Group meningkat 2.5 sen kepada 34.5 sen, Infomina menokok empat sen kepada RM1.11, BCM Alliance naik setengah sen kepada 2.5 sen, Borneo Oil tidak berubah pada dua sen, Dataprep berkurangan 1.5 sen kepada 29.5 sen dan EC Integrated turun 1.5 sen kepada 87.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 21.24 mata kepada 10,561.76, Indeks FBMT 100 berkurangan 17.34 mata kepada 10,258.60, Indeks FBM Emas Shariah susut 28.07 mata kepada 10,739.61, FBM 70 menguncup 1.63 mata kepada 12,929.14, dan FBM ACE turun 11.83 mata kepada 5,487.66. 

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 2.70 mata kepada 6,727.73, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 20.12 mata kepada 16,419.30, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.97 mata kepada181.80 dan Indeks Tenaga susut 10.21 mata kepada 795.61.  

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeWall Street
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In