• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Turun Selepas Dibuka Tinggi

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin namun mengalami penurunan selepas itu berikutan kekurangan momentum belian yang kukuh dalam kaunter berkaitan indeks.

Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 8.52 mata kepada 1,473.28 daripada 1,481.80 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks itu dibuka 0.28 mata lebih tinggi kepada 1,482.08.

Terdapat 297 kaunter untung dan 249 kaunter rugi bagi keseluruhan pasaran selain, 297 kaunter tidak berubah, 1,398 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 830.01 juta unit bernilai RM239.47 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd menjelaskan pihaknya menjangkakan minat belian kembali ke kaunter perbankan susulan penurunannya minggu lepas.

“Berdasarkan pengumuman Kabinet baru-baru ini yang diterima dengan baik secara umum, kami berpandangan indeks mungkin mengalami pembalikan hari ini dengan kami mengunjurkan ia berada dalam aliran berjulat 1,480 hingga 1,500,” menurut firma pembrokeran itu.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM8.54, Public Bank dan CIMB masing-masing turun tiga sen kepada RM4.38 dan RM5.61, Petronas Chemicals kurang dua sen kepada RM8.50, TNB merosot 13 sen kepada RM8.25 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.83.

Bagi saham aktif, MQ Technology naik 1.5 sen kepada tujuh sen, SMTrack menambah satu sen kepada 7.5 sen, Advance Synergy naik setengah sen kepada 18.5 sen dan Jiankun International meningkat 2.5 sen kepada 28.5 sen, manakala Icon Offshore dan Borneo Oil masing-masing mendatar pada 15.5 sen dan dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 41.34 mata kepada 10,611.86, Indeks FBMT 100 susut 47.01 mata kepada 10,310.14, Indeks FBM Emas Syariah kurang 41.30 mata kepada 10,836.62 dan FBM 70 susut 9.43 mata kepada 13,061.76, manakala FBM ACE meningkat 45.31 mata kepada 5,411.20.

Mengikut sektor. Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 87.77 mata kepada 16,358.65, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.50 mata kepada 181.32, Indeks Perladangan menguncup 18.79 mata kepada 6,789.06 namun Indeks Tenaga naik 12.12 mata kepada 812.23.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaKabinetRakuten Trade
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In