• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Axiata, Telenor Selesai Gabung Celcom-Digi

in Catalyst, Saham
A A
Bursa Malaysia Lulus Penyenaraian, Sebut Harga 3.96 Bilion Saham Baharu Digi Bagi Gabungan Celcom-Digi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Axiata Group Bhd, Telenor Asia Pte Ltd dan Digi.com Bhd (Digi) telah selesai menggabungkan operasi telekomunikasi Celcom Axiata Bhd dan Digi.

Menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, Axiata menjelaskan pihaknya dan Telenor akan memegang pemilikan yang sama dalam Celcom Digi iaitu masing-masing sebanyak 33.1 peratus.

Setelah selesai, Axiata menerima saham Digi yang baru diterbitkan mewakili 33.1 peratus serta tunai berjumlah RM2.5 bilion yang dibiayai oleh Digi dan akan diambil alih oleh entiti gabungan (Celcom Digi).

Digi juga menerbitkan saham untuk Telenor bagi mencapai pemilikan yang sama susulan pembayaran Telenor sebanyak RM300 juta kepada Axiata.

“Dalam memacu proses penyatuan, pihak-pihak bergerak dengan tujuan bermanfaat untuk membentuk syarikat telekomunikasi digital Malaysia berkelas dunia yang akan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekosistem digital dan ekonomi negara.

“Celcom Digi akan menjadi syarikat teknologi tersenarai tempatan terbesar di Bursa Malaysia,” tambahnya.

Sementara itu, Axiata and Telenor pula menjelaskan berasaskan proforma bagi tahun kewangan 2021, Celcom Digi akan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 20 juta pelanggan, dengan perolehan sebanyak RM13 bilion serta keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) berjumlah kira-kira RM5.8 bilion.

“Celcom Digi kekal komited kepada sasaran sinergi RM8 bilion seperti yang diumumkan sebelum ini,” menurut kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama.

Axiata and Telenor juga menambah bahawa Celcom Digi akan mengemukakan saranan kukuh untuk memacu peralihan negara ke arah masyarakat berpendapatan tinggi yang menggunakan digital menerusi penggabungan skala, kompetensi, kekukuhan kewangan dan pengalaman dalam memenuhi pelbagai keperluan pengguna Malaysia.

Pengerusi Axiata, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata bagi pihak lembaga pengarah Axiata, beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Celcom Digi atas permulaan baharu ini yang merupakan kemuncak setelah berbulan-bulan kerja penyepaduan yang teliti dilakukan untuk mencipta juara digital Malaysia.

“Dalam melangkah maju, saya yakin Celcom Digi berada di kedudukan baik untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna dan perusahaan Malaysia yang mahu meningkatkan daya saing digital dalam era masa kini,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Asia Telenor, Jørgen C Arentz Rostrup berkata syarikat itu komited untuk menjadi pemilik aktif, membawa pengetahuan teknologi, pengalaman di seluruh pasaran antarabangsa serta perkongsian global dengan firma-firma utama industri kepada Celcom Digi.

“Pelancaran Celcom Digi mewakili pencapaian penting dalam perjalanan usaha pendigitalan Malaysia, sejajar dengan aspirasi Telenor untuk membangunkan pengendali terkemuka yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan menerusi produk dan perkhidmatan yang relevan, menarik dan mudah,” katanya.

Axiata dan Telenor juga menjelaskan sebagai sebahagian daripada usaha membina negara, Celcom Digi akan melabur sehingga RM250 juta dalam tempoh lima tahun untuk membina pusat inovasi bertaraf dunia di Kuala Lumpur.

“Matlamatnya adalah untuk memangkinkan transformasi digital Revolusi Industri Keempat (4IR) dan memperkukuh ekosistem tempatan melalui penerimagunaan Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan dan 5G.

“Merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar untuk menggalakkan penyertaan sosio-ekonomi yang lebih besar akan menjadi keutamaan,” jelasnya.

Selain Axiata dan Telenor, pelabur institusi Malaysia seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) adalah antara pemegang saham syarikat baharu itu.

— BERNAMA

Tags: AxiataCelcom DigiTelenor
Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In