• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sime Darby Plantation Akan Peroleh Buah Tandan Segar Mampan Daripada Pekebun Kecil

in Catalyst, Saham
A A
RSPO Minta Sime Darby Plantation Laksana Pelan Tindakan Atasi Kelemahan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Sime Darby Plantation Bhd (SDP) akan memperoleh tandan buah segar (BTS) yang diperakui mampan daripada sekumpulan pengeluar kecil di Pulau Carey, Selangor selama dua tahun.

Pengeluar kecil termasuk beberapa petani daripada suku Mah Meri (Orang Asli) yang menetap di pulau itu diwakili sebuah syarikat, Intan Hebat Baru Sdn Bhd (Intan Hebat) dan mereka diperakui di bawah skim minyak sawit mampan yang dianjurkan oleh perusahaan sosial, Wild Asia Sdn Bhd.

Skim tersebut dikenali sebagai Skim Kumpulan Wild Asia (WAGS), ia adalah sistem pengurusan yang diasaskan pada 2013 untuk menyediakan sokongan teknikal dan pengurusan kepada pekebun kecil supaya produk mereka diperakui secara bebas.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Ia juga membantu menambah baik amalan pertanian pekebun kecil dan menyokong mereka dengan memenuhi piawaian kemampanan wajib seiring dengan yang ditetapkan oleh Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) serta skim pensijilan sukarela Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari supaya mereka boleh mengambil bahagian dalam global rantaian nilai minyak sawit mampan.

“Pekebun kecil adalah bahagian penting dalam pengeluaran minyak sawit global, ia menyumbang kira-kira 40 peratus daripada bekalan dunia.

“Oleh itu, inisiatif yang boleh membantu meningkatkan penyertaan mereka dalam rantaian bekalan mampan harus disokong oleh pemain yang lebih besar dalam industri dengan kelayakan yang betul,” kata Ketua Pegawai Kemampanan SDP Rashyid Redza Anwarudin dalam satu kenyataan.

Pengeluar kecil diklasifikasikan sebagai pekebun kecil dengan jumlah keluasan ladang kurang daripada 40 hektar manakala pekebun kecil adalah mereka yang mempunyai jumlah keluasan ladang lebih daripada 41 hektar dan kurang daripada 500 hektar.

Di bawah perjanjian tiga pihak, ketiga-tiga pihak juga komited untuk bersama-sama memastikan kebolehkesanan minyak sawit yang dihasilkan oleh pengeluar kecil bebas.

Dengan memperoleh BTS daripada pengeluar kecil yang diperakui WAGS pada premium yang dipersetujui, SDP akan menyokong dan mempromosikan kemasukan mereka ke dalam rantaian bekalannya yang mampan manakala Intan Hebat pula akan memastikan kebolehkesanan yang jelas BTS dari ladang ke kilang SDP.

— BERNAMA

Tags: pekebun kecilPulau CareySime Darby Plantation
Share276ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In