• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Capital A Minta Tempoh Lanjutan Kemuka Pelan Penyusunan Semula Muktamad Tangani Status PN17

in Catalyst, Saham
A A
Capital A Minta Tempoh Lanjutan Kemuka Pelan Penyusunan Semula Muktamad Tangani Status PN17

ARIF KARTONO/AFP VIA GETTY IMAGES

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Capital A Berhad (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group Berhad) (“Capital A” atau “Kumpulan”) hari ini mengumumkan bahawa ia sedang mendapatkan lanjutan masa daripada Bursa Malaysia Securities Berhad untuk mengemukakan pelan penyusunan menyeluruh bagi menangani status Nota Amalan 17 (“PN17”). Kumpulan itu menjangkakan untuk mengumumkan pelan penyusunan semula yang telah dimuktamadkan kepada pihak Bursa Malaysia Securities pada bulan Januari 2023 dan diikuti dengan penyerahan untuk kelulusan dijangka pada Februari 2023.

Capital A sebelum ini telah mengumumkan pelantikan RHB Investment Bank Bhd, BDO Consulting Sdn Bhd, Deloitte Corporate Advisory Services Sdn Bhd, Ernst & Young PLT, Adnan Sundra & Low, and Providence Strategic Partners sebagai penasihat mengenai pelan pemulihannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Kita sedang berada di penghujung pandemik Covid-19, sama seperti kebanyakan syarikat penerbangan lain di seluruh dunia, dan kami ingin kembali bersaing dengan lebih kukuh daripada sebelumnya di mana syarikat penerbangan dan rangkaian kami telah mula kembali ke tahap pra pandemik dan perniagaan digital kami telah menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada apa yang telah dijangkakan. Biarpun status PN17 kami kekal sebagai satu isu perakaunan dan tidak menggambarkan daya maju perniagaan dan prospek Capital A secara tepat, kami tetap bekerja keras untuk merangka pelan bagi menangani status PN17 tersebut sebagai bahagian penting dalam proses pemulihan pasca pandemik kami.”

Beliau menambah, “Kami berterima kasih atas sokongan dan kerjasama yang luar biasa setakat ini daripada pihak penyedia pajakan pesawat, rakan kongsi, pelanggan, kakitangan dan pihak berkepentingan lain, membolehkan kami untuk bertahan sejauh ini dan menjadikan krisis ini sebagai sebuah peluang. Bersama rakan kongsi kami, para penasihat kewangan serta undang-undang, kami sedang memuktamadkan sebuah skim, tertakluk kepada kelulusan kawal selia dan lain-lain yang diperlukan, yang kami jangka bukan sahaja akan mengangkat kami daripada status PN17, tetapi juga akan memberikan nilai yang sangat besar kepada para pemegang saham Capital A, dan akhirnya, membawa kami kepada kedudukan kewangan dan keuntungan yang lebih sihat.”

Beliau menjelaskan, “Skim tersebut tidak akan melibatkan pencairan nilai pemegang saham. Pada dasarnya, skim tersebut akan menghasilkan pemisahan yang jelas antara tiga portfolio perniagaan utama Capital A, iaitu kumpulan penerbangan, kumpulan perniagaan digital dan kumpulan logistik dan perkhidmatan kejuruteraan penerbangan.

“Pelan yang telah dirancang itu akan melibatkan pelupusan perniagaan penerbangan Capital A, iaitu AirAsia Berhad dan AirAsia Aviation Group Limited, kepada AirAsia X Berhad (AAX). Pertimbangan saham, yang diterima sebagai pertukaran untuk pelupusan tersebut, kemudiannya akan diagihkan kepada para pemegang saham Capital A, supaya mereka akan mengekalkan kepentingan langsung dalam perniagaan penerbangan melalui AAX, berikutan penstrukturan semula ini. Pada dasarnya, melalui skim ini, nilai pemegang saham Capital A akan terus dilindungi.

Capital A akan dijenamakan semula sebagai kumpulan perkhidmatan penerbangan dan perniagaan digital, tertakluk kepada proses pelupusan dan pengagihan kepentingan. Kami merancang untuk penyenaraian yang berasingan untuk perniagaan perkhidmatan penerbangan Capital A pada masa akan datang sebaik sahaja status PN17 diselesaikan.”

Capital A menjangkakan untuk menyelesaikan pelaksanaan pelan penyusunan semula menjelang Julai 2023, tertakluk kepada kelulusan yang diperlukan termasuk daripada lembaga pengarah, pemegang saham dan pemegang terbitan hak, Bursa Malaysia Securities dan pihak berkuasa berkaitan yang lain.

Tags: Bursa MalaysiaCapital Apn17
Share255ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In