• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

IPO L&P Global Untuk Tingkatkan Operasi, Sasar Penyenaraian Januari 2023

in Saham
A A
IPO L&P Global Untuk Tingkatkan Operasi, Sasar Penyenaraian Januari 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 28 Nov  (Bernama) — L&P Global Bhd, iaitu penyedia penyelesaian pembungkusan industri bersepadu memeterai perjanjian pengunderaitan dengan Alliance Islamic Bank Bhd untuk tawaran awam permulaan (IPO) yang dijadualkan pada Januari 2023 di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

L&P Global Bhd sebelum ini dikenali sebagai Berjayapak International Holdings Sdn Bhd.

“Dengan dana yang diperoleh daripada IPO, kami boleh meningkatkan operasi dan output pengeluaran kami bagi memenuhi permintaan produk pembungkusan industri yang semakin bertambah,” kata Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif L&P Ooi Lay Pheng dalam satu kenyataan.

L&P berkata, IPO itu merangkumi terbitan awam sebanyak 113 juta saham baharu, mewakili 20.18 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan, serta tawaran untuk penjualan 33.8 juta saham sedia ada, mewakili 6.04 peratus daripada saham yang diperbesarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur-pelabur terpilih.

Daripada 113 juta saham baharu, 24.0 juta saham akan diperuntukan kepada orang awam Malaysia melalui pengundian; 13.0 juta saham kepada pengarah, pekerja dan individu yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan (peruntukan borang merah jambu) dan enam juta saham melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Baki sebanyak 70 juta saham dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), yang juga dilakukan melalui penempatan persendirian.

Menurut perjanjian pengunderaitan itu, AIS akan menaja jamin sejumlah 37.0 juta saham baharu yang disediakan melalui peruntukan borang awam dan merah jambu, katanya dalam kenyataan yang sama.

Sebagai penyedia penyelesaian pembungkusan industri bersepadu, L&P dan anak syarikatnya terlibat dalam mereka bentuk dan mengeluarkan produk pembungkusan industri berasaskan kayu yang terdiri daripada kotak, tong dan palet.

Beroperasi di Malaysia dan Vietnam, penyelesaian pembungkusan industri kumpulan itu digunakan oleh syarikat multinasional (MNC) dalam industri tenaga boleh diperbaharui, elektronik dan semikonduktor, makanan, automotif dan pembungkusan.

“Memanfaatkan hubungan kerja kami yang telah lama terjalin dengan MNC dan produk berkualiti yang memenuhi piawaian antarabangsa untuk keperluan rantaian bekalan global, kami berada di kedudukan yang kukuh untuk mendapat faedah daripada pertumbuhan aktiviti pembuatan di Malaysia dan Vietnam.

“Kedua-dua negara telah mendapat manfaat daripada penempatan semula dan penubuhan kemudahan pembuatan MNC di luar China berikutan perang perdagangan di antara AS-China yang berterusan,” kata Ooi.

“Produk pembungkusan industri berasaskan kayu akan terus menjadi pilihan utama kerana tahan lama dan kos pendahuluannya yang lebih rendah. Tambahan pula, ia mesra alam kerana boleh terbiodegradasikan dan boleh dikitar semula, dibaiki dan digunakan semula lebih daripada sekali, sekali gus memanjangkan jangka hayatnya,” tambah beliau.

L&P dijadual melancarkan prospektusnya pada Disember 2022 dan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities menjelang Januari 2023, dengan Alliance Islamic Bank sebagai penasihat utama, penaja, ejen penempatan bersama dan penaja jamin tunggal.

— BERNAMA

Tags: Alliance IslamicBursa MalaysiaIPOL&P Global Bhdpasaran ACE
Share297ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In