• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Dipengaruhi Pergerakan Wall Street

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan pagi Selasa, mengambil petunjuk daripada prestasi suram di Wall Street semalaman, selepas beberapa pegawai penting Rizab Persekutuan mengulangi keperluan untuk kenaikan kadar yang lebih agresif bagi memerangi inflasi.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.62 mata kepada 1,480.92 daripada 1,486.54 pada Jumaat lepas.

Pasaran dibuka 2.77 mata lebih rendah pada 1,483.77.

Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya ditutup semalam (Isnin) sempena cuti khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis minggu lepas.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan sebanyak 152 kaunter untung dan 191 rugi  manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,666 tidak diniagakan dan 67 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 272.64 juta unit bernilai RM89.85 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini berkata pasaran saham global memulakan minggu ini sebahagian besarnya dalam keadaan yang agak lesu kerana tindakan protes terhadap sekatan ketat COVID-19 China mencetuskan kebimbangan terhadap pemulihan kewangan global.

“Tempiasnya (trend lemah global) mungkin turut dirasai oleh bursa tempatan kerana momentum belian dijangka bergerak perlahan dan pada masa yang sama tumpuan menjurus kepada musim pelaporan pendapatan yang berterusan.

“Sementara itu, pelabur akan memantau secara rapat pembentukan kabinet dalam masa terdekat serta pembentangan semula Bajet 2023,” kata firma penyelidikan itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun satu sen menjadi RM8.66, Public Bank susut empat sen kepada RM4.48, Petronas Chemicals lemah 20 sen kepada RM8.88, IHH Healthcare kerugian tiga sen untuk mencatatkan RM5.97, manakala CIMB naik enam sen kepada RM5 .86 dan Tenaga menokok tujuh sen menjadi RM8.85.

Antara saham aktif, MMAG dan TA Win masing-masing tidak berubah pada tiga sen dan tujuh sen, Advance Synergy susut satu sen menjadi 19.5 sen, manakala MQ Technology naik satu sen kepada lima sen dan Eden Inc menambah setengah sen kepada 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 34.40 mata kepada 10,542.39, Indeks FBMT 100 turun 36.21 mata menjadi 10,263.48, FBM ACE berkurangan 15.75 mata kepada  5,175.89, FBM 70 merosot 33.32 mata menjadi 12,605.03 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 33.97 mata kepada 10,653.65.

Mengikut  sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 29.79 mata kepada 16,669.37 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.47 mata menjadi 183.89, manakala Indeks Perladangan lemah 7.01 mata kepada 6,810.14, dan Indeks Tenaga menyusut 9.52 mata kepada 749.57.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIopeningpembukaan
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In