• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Supermax Merosot Kepada RM5.71 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2023

in Catalyst, Saham
A A
Untung Bersih Supermax Merosot Kepada RM5.71 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Supermax Corporation Bhd pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2022 (suku pertama tahun kewangan 2023) merosot kepada RM5.71 juta daripada RM638.52 juta dalam tempoh sama sebelum ini berikutan purata harga jualan (ASP) yang kekal rendah dalam menghadapi persaingan yang sengit.

Pengeluar sarung tangan getah itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, melaporkan bahawa perolehan berkurangan 86 peratus kepada RM247.97 juta pada suku pertama tahun kewangan 2023 daripada RM1.46 bilion sebelum ini.

Katanya penurunan jualan dan keuntungan itu berikutan beberapa sebab, termasuk persaingan sengit daripada pengeluar China, yang mengurangkan harga untuk meraih bahagian pasaran.

“Jualan terus terjejas berikutan Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) yang dikenakan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) pada Oktober 2021 yang terus dilaksanakan, menjejaskan usaha untuk mengimport penghantaran kos rendah baharu untuk menurunkan purata kos inventori,” katanya.

Katanya beberapa unit pengedaran di luar negara mengalami kerugian berikutan mereka terus menjual inventori berharga tinggi pada harga pasaran semasa yang rendah.

Menurut Supermax, kos operasi turut meningkat, termasuk kos gas yang tinggi dan kenaikan gaji minimum.

“Kami turut menanggung perbelanjaan pra-operasi untuk kilang baharu di AS.

“Syarikat turut menyahaktifkan kilang lama tertentu, yang dalam proses pembinaan semula,” katanya. 

Supermax berkata industri sarung tangan getah kini berada dalam fasa konsolidasi selepas melalui fasa pertumbuhan paling kukuh dalam sejarah pada 2020 dan 2021 berikutan pandemik COVID-19 yang telah merebak ke seluruh dunia.

“Kadar pertumbuhan sektor itu yang kukuh telah menarik ramai pemain baharu dalam pasaran dan menggalakkan pemain sedia ada untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk memanfaatkan permintaan yang melonjak.

“Situasi lebihan bekalan dengan permintaan yang kembali normal apabila dunia menerima pandemik dan beralih kepada penyakit endemik telah menyaksikan ASP untuk sarung tangan lebih rendah daripada paras tertingginya,” katanya.

Katanya konsolidasi dalam industri sarung tangan getah dijangka berterusan berikutan ASP dan permintaan terus sederhana daripada paras tertinggi yang dilihat pada kemuncak pandemik COVID-19.

“Pada masa depan, pasaran akan kekal lemah, persaingan akan terus sengit dan margin keuntungan akan terus sederhana,” katanya.

— BERNAMA

Tags: ASPBursa MalaysiaCBP ASpengeluar getah ChinaSupermax
Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In