• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kerugian Bersih Pos Malaysia Berkurangan Kepada RM33.6 Juta

in Catalyst, Saham
A A
Kerugian Bersih Pos Malaysia Berkurangan Kepada RM33.6 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) berkurangan kepada RM33.63 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022 daripada RM43.90 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, hasil susut kepada RM492.00 juta daripada RM536.26 juta setahun sebelumnya kebanyakannya disebabkan oleh hasil yang lebih rendah dalam segmen pos dan logistik.

Pos Malaysia berkata bagi tempoh kewangan sembilan bulan, kerugian bersihnya menyusut 67.4 peratus tahun ke tahun kepada RM69.25 juta walaupun hasil 10.3 peratus lebih rendah kepada RM1.49 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Pos Malaysia berkata keuntungan lebih baik kepada kemerosotan nilai loji dan peralatan hartanah sebanyak RM46.7 juta termasuk dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya serta kos kakitangan lebih rendah tahun ini susulan daripada skim pemisahan bersama dan pengurusan kos berkesan secara berterusan yang dilaksanakan secara menyeluruh.

Ia melaporkan penurunan 18 peratus dalam hasil segmen pos kepada RM962.35 juta dalam tempoh ini kebanyakannya disumbangkan oleh kemerosotan dalam perniagaan kurier berikutan penurunan dalam jumlah keseluruhan bungkusan terutamanya daripada pelanggan kontrak.

“Walaupun hasil yang lebih rendah, kerugian sebelum cukai dikurangkan (sebanyak 61.4 peratus kepada RM81.61 juta) berikutan usaha pengurusan kos yang berkesan untuk mengoptimumkan kos operasi yang terbukti dalam kos pengangkutan dan penghantaran lebih rendah dicatatkan dalam tempoh kewangan tersebut,” katanya.

Sementara itu, hasil segmen logistik menurun sebanyak 4.1 peratus kepada RM248.91 juta dalam tempoh sembilan bulan terutamanya daripada perniagaan pengurusan kargo (khususnya penghantaran barang) kerana hasil tahun lepas termasuk caj demurrage (kelewatan mengutip barangan) dan simpanan yang sangat tinggi sebanyak RM19.1 juta.

“Larangan eksport arang batu yang dikenakan oleh kerajaan Indonesia pada Januari 2022 juga memberi kesan buruk kepada hasil daripada perniagaan marin,” kata Pos Malaysia.

Disebabkan oleh hasil yang lebih rendah ditambah dengan kos tetap tertentu yang berlanjutan, segmen itu berubah kepada kerugian sebelum cukai sebanyak RM12.21 juta daripada keuntungan sebelum cukai RM405,000 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Charles Brewer dalam satu kenyataan berkata tinjauan prestasi kewangan kumpulan itu kekal mencabar, didorong oleh tekanan makroekonomi yang dijangka terus menekan pasaran e-dagang pasca pandemik yang sedia ada.

“Selain itu, penyumberan dalaman yang dipercepatkan oleh pasaran e-dagang, amalan penetapan harga yang agresif terus memberi tekanan kepada jumlah bungkusan bukan sahaja untuk Pos Malaysia tetapi untuk semua peserta kurier dan logistik di negara ini,” katanya.

Pos Malaysia akan terus memanfaatkan jangkauan yang tiada batasan untuk mengembangkan bahagian pasaran dalam segmen yang betul serta mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan kesan daripada masalah ekonomi makro semasa.

— BERNAMA

Tags: Pos Malaysia
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In