• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kegiatan Memburu Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Kembali Pulih

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Kemunculan kegiatan memburu saham berharga murah selepas aktiviti jualan yang disebabkan sentimen pasaran berhati-hati semalam,, mendorong Bursa Malaysia pulih dan bergerak tinggi sedikit pagi ini.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.34 mata kepada 1,449.3 daripada 1,447.96 pada Isnin.

Pada sesi pembukaan, indeks utama itu dibuka pada paras 1,446.72, turun 1.24 mata.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 134 berbalas 119, manakala 164 kaunter tidak berubah, 1,881 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 191.27 juta unit bernilai RM66.35 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, tumpuan utama akan diberikan kepada senario politik tempatan, dengan pasaran masih menantikan penamaan calon-calon Perdana Menteri.

Memandangkan perkembangan politik yang tidak menentu, pelabur seharusnya memfokuskan pada sektor bukan berkaitan politik seperti sektor telekomunikasi, keperluan pengguna dan utiliti serta saham dengan tunai bersih yang tinggi dan pembayaran dividen yang stabil, kata firma broker saham berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Eekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati sehingga pembentukan kerajaan baharu hari ini.

Beliau mengunjurkan indeks berada dalam julat 1,430-1,450 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.57, Petronas Chemicals meningkat enam sen menjadi RM8.70, CIMB menokok dua sen kepada RM5.53 dan IHH Healthcare menambah lima sen menjadi RM6.10.

Public Bank dan Hong Leong Bank pula tidak berubah, masing-masing pada RM4.33 dan RM20.62, tetapi Tenaga turun tiga sen pada RM8.38.

Bagi saham aktif, Advance Synergy dan Dagang Nexchange masing-masing meningkat dua sen kepada 18 sen dan 59 sen, Malayan United naik setengah sen kepada 10.5 sen, dan Infoline menambah empat sen kepada 54 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 11.74 mata untuk 10,286, Indeks FBM Emas Syariah mengembang 4.52 mata menjadi 10,412.02, Indeks FBMT 100 meningkat 11.41 mata kepada 10,016.41, dan FBM 70 memperoleh 22.64 mata kepada 12,189.59. 

Bagaimanapun, FBM ACE susut 20.59 mata kepada 4,931.91.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 31.71 mata untuk mencapai paras 16,239.49, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.57 mata kepada 179.49, manakala Indeks Perladangan susut 2.79 mata kepada 6,836.38 dan Indeks Tenaga susut 0.74 mata kepada 722.63.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In