• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Susut Pagi Ini, Indeks Utama KLCI Turun 1.23 Peratus

in Berita, Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Para pelabur di pasaran saham tempatan menjual saham masing-masing dalam dagangan awal pagi ini ketika Malaysia berhadapan situasi parlimen tergantung selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lepas.

Pada 9.13 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 17.78 mata atau 1.23 peratus, kepada 1,431.54 daripada 1,449.32 penutup Khamis.

Pasaran dibuka 14.77 mata lebih rendah pada 1,434.55.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mendahului untung 470 berbalas 74,  manakala 163 kaunter tidak berubah, 1,625 tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 521.08 juta unit bernilai RM277.3 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur dijangka kekal berhati-hati sementara menunggu keputusan akhir rundingan antara pelbagai parti politik pada sebelah petang.

“Sentimen pasaran juga diunjurkan kekal suram dan didagangkan secara negatif sebelum penyerahan nama calon Perdana Menteri kepada Istana Negara pada 2 petang hari ini,” katanya dalam nota hari ini.

Sektor yang mempunyai asas yang kukuh dan bersifat defensif seperti utiliti, telekomunikasi, tenaga boleh diperbaharui dan pengguna dijangka menjadi tumpuan.

Keputusan PRU15 yang diadakan pada hari Sabtu menyaksikan parlimen tergantung dengan tiada satu pakatan mempunyai kerusi  mencukupi untuk majoriti mudah (112 diperlukan).

Walaupun Pakatan Harapan mempunyai kerusi terbanyak (82), terdapat laporan berita kemungkinan penggabungan parti-parti – perikatan Perikatan Nasional-Barisan Nasional-Gabungan Parti Sarawak -Gabungan Rakyat Sabah (131 kerusi).

Hong Leong Investment Bank pula berkata memandangkan keputusan pilihan raya parlimen tergantung tidak pernah berlaku sebelum ini, penjualan ketara di bursa tempatan dijangkakan.

“Kami menurunkan sasaran KLCI akhir 2022 kami kepada 1,470 daripada 1,540,” katanya dalam nota penyelidikan.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank dan Public Bank susut tiga sen setiap satu kepada RM8.53 dan RM4.28, Tenaga turun 11 sen kepada RM8.27 sementara Petronas Chemicals dan IHH Healthcare merosot tujuh sen, masing-masing mencatatkan RM8.55 dan RM5.90.

Bagi saham aktif, Advance Synergy turun satu sen kepada 11.5 sen, Dagang Nexchange naik empat sen menjadi 54.5 sen, Eden menokok lima sen kepada 22 sen dan Genting berkurangan 20 sen kepada RM2.51.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 134.02 mata kepada 10,264.75, Indeks FBM Emas kerugian 120.52 mata menjadi 10,152.72 dan FBM ACE berkurangan 52.55 mata kepada 4,862.37. 

Indeks FBMT 100  lebih rendah sebanyak 114.02 mata kepada 9,896.78 dan FBM 70 susut 103.14 mata kepada 12,056.36. 

Mengikut sektor, Indeks Tenaga turun 21.95 mata kepada 701.38, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 58.49 mata kepada 16,117.31 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 2.8 mata kepada 175.8.

Sementara itu, Indeks Perladangan susut 30.69 mata kepada 6,849.54.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIparlimen tergantungPRU15
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In