• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Gabungan AQRS-PR1MA Laksana Projek Perumahan Dengan NPK RM335.95 Juta

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Gabungan AQRS-PR1MA Laksana Projek Perumahan Dengan NPK RM335.95 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Gabungan AQRS Bhd (GBGAQRS) menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) dengan PR1MA Corporation Malaysia untuk memajukan projek kediaman di Kuantan, Pahang dengan anggaran nilai pembangunan kasar (NPK) RM335.95 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, GBGAQRS menjelaskan projek itu melibatkan pembangunan 1,065 unit rumah teres setingkat dan rumah berkembar setingkat menerusi tiga fasa.

Sebanyak 320 unit akan dibangunkan pada fasa pertama, diikuti 328 unit semasa fasa kedua dan 417 unit di fasa ketiga, tambahnya.

 Syarikat itu memaklumkan projek meliputi kawasan seluas 40.80 hektar itu dijangka siap dalam tempoh 84 bulan daripada tarikh bermulanya projek.

PR1MA ialah pemilik tanah.

“PR1MA  perlu mengesahkan dan menyemak semua dokumen yang diperlukan untuk pematuhan syarat-syarat awal dan projek ini perlu dimulakan pada tarikh pemberitahuan bertulis daripada PR1MA yang mengesahkan semua syarat telah dipenuhi atau dikecualikan,” jelasnya.

Menurut syarikat itu JDA itu membolehkan pemaju melantik Monolight IBS Building System Sdn Bhd, anak syarikat milik penuhnya, untuk melaksanakan pembangunan itu.

“Pembangunan ini akan meningkatkan sinergi bagi perniagaan hartanah dan pembinaan syarikat di samping menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan bahagian hartanah dan pembinaan,” tambahnya.

GBGAQRS juga menjangkakan ia akan menyumbang secara positif kepada keuntungan dan keuntungan sesaham syarikat.

— BERNAMA

Tags: Gabungan AQRS BhdhartanahJDAKuantanNPKpembinaanPR1MA Corporation Malaysia
Share253ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In