• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Ranhill Dianugerahkan Kontrak Perkhidmatan FPSO Untuk Petrobras Dari Brazil

in Catalyst, Saham
A A
Ranhill Dianugerahkan Kontrak Perkhidmatan FPSO Untuk Petrobras Dari Brazil

Kredit: Sembcorp Marine

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) — Ranhill Utilities Bhd telah dianugerahkan kontrak untuk menjalankan perkhidmatan kejuruteraan reka bentuk terperinci (DDE) untuk kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) P-82 baharu, untuk pengeluar minyak dan gas milik negara Brazil, Petroleo Brasileiro S.A (Petrobras). 

Menurut syarikat itu, anak syarikat 51 peratus miliknya, Ranhill Worley Sdn Bhd menandatangani kontrak berkuat kuasa pada 4 Nov, 2022 daripada Sembcorp Marine Integrated Yard Pte Ltd untuk sama-sama menjalankan kontrak itu dengan nilai US$27 juta. 

“Kontrak dan skop kerja di bawah kontrak untuk projek itu akan diusahakan oleh Ranhill Worley.  

“Syarikat kemudiannya mendapat kelulusan untuk mengeluarkan pengumuman mengenai kontrak itu daripada Sembcorp Marine pada 14 Nov, 2022,” menurut Ranhill dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

FPSO binaan baharu itu akan menjadi antara kapal terbesar yang akan digunakan di lapangan Buzios, medan minyak dan gas yang amat dalam meliputi kawasan seluas 853 km persegi di Lembangan Santos pra-garam, kira-kira 180 km dari pantai Rio de Janeiro, Brazil.

P-82 adalah sebahagian daripada kemudahan pengeluaran generasi baharu Petrobras, mempunyai kapasiti pengeluaran yang tinggi dan teknologi yang digunakan untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

Unit itu akan turut dilengkapi dengan kapasiti suntikan air sebanyak 250,000 tong sehari dan kapasiti penyimpanan sebanyak dua juta tong minyak.

“Tempoh fasa kejuruteraan terperinci dijangka selama 14 bulan dengan sokongan kejuruteraan susulan selepas itu.

“Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan pendapatan Ranhill untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023,” katanya. 

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFPSOP-82PetrobrasRanhill
Share314ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In