• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Berhati-Hati Menjelang PRU15

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 15 Nov  (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk dibuka rendah pada pagi urus niaga Selasa apabila peserta pasaran mengambil sikap “tunggu dan lihat”  menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.55 mata kepada 1,459.45 daripada 1,464.00 penutup Isnin.

Indeks utama itu memulakan urus niaga 2.49 mata lebih rendah pada paras 1,461.51.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 145 berbalas 102, manakala 198 kaunter tidak berubah, 1,880 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 117.48 juta unit bernilai RM41.36 juta.

Dalam satu nota, Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengulangi FBM KLCI dijangka mengekalkan keuntungan yang diraih baru-baru ini selepas bergerak naik daripada paras terendah dua tahun iaitu 1,373 menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov.

“Halangan sengit adalah pada 1,482 – 1,500 – 1,508. Pecahan yang menentukan di bawah garis rintangan aliran menurun berhampiran 1,454 mungkin menolak indeks lebih rendah ke arah zon 1,424 -1,436,” katanya.

Dengan mengambil pemuliharaan modal sebagai kunci utama, bank pelaburan itu berkata ia terus menyokong pelabur untuk mencari perlindungan dalam sektor perbankan, syarikat telekomunikasi, utiliti, pengguna, penjagaan kesihatan dan pembinaan, dengan menjangkakan kerajaan baharu selepas PRU15 akan terus menyokong penggunaan domestik.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia — kedua-dua Maybank dan IHH Healthcare susut empat sen kepada RM8.55 dan RM5.95, Public Bank lemah satu sen menjadi RM4.37, Petronas Chemicals merosot tujuh sen kepada RM8.65 dan CIMB turun lima sen menjadi RM5.44.

Bagi saham aktif, MQ Technology turun setengah sen menjadi 3.5 sen, SYF Resources menokok 1.5 sen kepada 34.5 sen dan Top Glove Corporation menambah satu sen kepada RM1.03, manakala Advance Synergy dan Velesto Energy tidak berubah, masing-masing  pada 14 sen dan 13.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah merosot 16.65 mata kepada 10,503.73, Indeks FBM Emas menyusut 25.58 mata kepada 10,369.59, Indeks FBMT 100 lemah  26.22 mata kepada 10,101.77 dan FBM 70 kerugian 10.92 mata kepada 12,354.55. 

Bagaimanapun, FBM ACE memperoleh 13.80 mata kepada 5,023.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 53.93 mata kepada 16,234.99, Indeks Perladangan lebih rendah 1.06 mata menjadi 6,901.30, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.15 mata kepada 178.99 dan Indeks Tenaga berkurangan 5.50 mata kepada 726.25.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaHLIBpembukaanPRU15
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In