• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TNB Bantu Smart Modular Technologies Capai 100 Peratus Tenaga Boleh Diperbaharui

in Catalyst, Saham
A A
TNB Kuasai Pegangan Majoriti Dalam Syarikat Solar Terbesar Di UK

Sumber Gambar : TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), GSPARX Sdn Bhd, telah membentuk kerjasama dengan SMART Modular Technologies Inc (SMART) untuk membolehkan SMART memenuhi komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) memperoleh 100 peratus tenaga elektrik yang dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui.

Menerusi kerjasama ini, SMART akan menjadi perbadanan multinasional pertama di Pulau Pinang dan syarikat elektronik berpangkalan di Amerika Syarikat pertama di Malaysia mencapai kejayaan itu, kata TNB dan SMART dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Ini akan dicapai menerusi operasi Seberang Jaya SMART,  kilang pembuatan utamanya di rantau ini.

Pencapaian ESG itu adalah hasil daripada pemasangan penyelesaian tenaga solar atas bumbung dan Tarif Elektrik Hijau (GET) yang disediakan oleh TNB.

Pengarah Urusan GSPARX Elmie Fairul Mashuri berkata kerjasama dengan SMART untuk memenuhi matlamat ESGnya menjadi contoh kepada MNC lain di Malaysia untuk memulakan inisiatif serupa bagi mengurangkan jejak karbon masing-masing.

“Sebaik sahaja kami menyiapkan pemasangan solar, SMART akan mampu menyalurkan 1,496 MWj tenaga solar setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata  jumlah imbangan (offset) karbon ialah 5,403 tan metrik setahun, bersamaan dengan 99,128 anak pokok yang tumbuh selama 10 tahun apabila GET dan penyelesaian solar atas bumbung digunakan bersama.

Sementara itu, Presiden Smart Modular Jack Pacheco berkata untuk mencapai 100 peratus tenaga boleh diperbaharui, 80 peratus akan dicapai melalui langganan SMART kepada tarif hijau TNB dengan jumlah langganan 6.96 GWj setiap tahun.

“Baki 20 peratus lagi akan dikuasakan oleh pemasangan fotovolta solar (PV) atas bumbung GSPARX dengan kapasiti 1,051kWp di bawah Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE),” katanya.

Sehingga kini, GSPARX telah berjaya memperoleh 287 projek merangkumi organisasi komersial, perindustrian dan kerajaan, menjana 232 MWp kapasiti solar secara keseluruhan.

— BERNAMA

Tags: GETGSPARXSARESMARTSmart ModularTNB
Share255ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In