• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Rendah Pada Sesi Awal Dagangan Menjelang Hari Pengundian PRU15

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia diniagakan rendah pada sesi awal dagangan hari Isnin, mengetepikan keputusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga yang memberangsangkan apabila pelabur mengambil sikap yang lebih berhati-hati menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) minggu ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.15 mata kepada 1,465.06 daripada 1,468.21 pada penutup Jumaat.

Bagaimanapun, indeks utama dibuka tinggi 0.78 mata pada 1,468.99.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 150 berbalas 114, manakala 248 kaunter tidak berubah, 1,813 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 114.81 juta unit bernilai RM39.16 juta.

Pada Jumaat lepas, indeks utama itu meningkat 1.27 peratus atau 18.47 mata kepada 1,468.21, didorong oleh pengumuman data ekonomi yang positif, menyaksikan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 14.2 peratus.

Menurut Kenanga Research, pelabur akan menantikan keputusan PRU15 Sabtu ini (19 Nov) sebelum membuat langkah seterusnya di bursa tempatan.

Ia berpendapat tatkala negara menghampiri hari pengundian Sabtu ini, pelabur mungkin akan  menjauhi pasaran buat seketika.

Bagi saham wajaran tinggi Bursa Malaysia – kedua-dua Maybank dan Petronas Chemicals tidak berubah, masing-masing mencatatkan harga RM8.60 dan RM8.73, Public Bank turun dua sen kepada RM4.43, manakala CIMB dan IHH Healthcare susut tiga sen setiap satu kepada RM5.49 dan RM5.97.

Antara saham aktif pula, Advance Synergy dan Ta Win Holdings merosot setengah sen setiap satu masing-masing menjadi 13 sen dan lapan sen, Lambo Group turun 1.5 sen kepada empat sen, manakala Techna-X meningkat satu sen kepada 3.5 sen dan Jade Marvel menambah setengah sen menjadi 28.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah susut 8.20 mata kepada 10,521.38, Indeks FBM Emas lemah 10.17 mata kepada 10,406.73 dan Indeks FBMT 100 kerugian 12.10 mata kepada 10,139.49.

Bagaimanapun, FBM 70 mengembang 24.32 mata kepada 12,396.34 dan FBM ACE menambah 4.60 mata kepada 5,097.91.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan lemah 28.50 mata kepada 16,324.73 sementara Indeks Perladangan 37.28 mata lebih rendah menjadi  6,865.45.

Indeks Tenaga bagaimanapun mengukuh 3.42 mata kepada 727.74 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.50 mata kepada 179.90.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaKDNKpembukaanPRU15
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In