• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Mr. D.I.Y, Avis, Digi, Farm Fresh, Dave’s Deli Dan Maybank Antara Pemenang Di Anugerah Jenama Terbaik Tahun 2022-2023

in Berita
A A
Model Perniagaan Berdaya Tahan MR DIY Tawar Pendapatan Mampan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

LONDON, 10 Nov (Bernama) -- World Branding Awards edisi ke-15 yang menyaksikan lebih 3,500 jenama daripada lebih 45 buah negara dinamakan sebagai “Jenama Terbaik Tahun ini”. Daripada jumlah ini, kurang daripada 250 jenama diisytiharkan sebagai Pemenang. Majlis anugerah ini telah mengalu-alukan lebih 100 orang tetamu daripada seluruh dunia untuk meraikan kejayaan dan pencapaian beberapa Jenama Terbaik Dunia, di pusat anugerah dunia, Kensington Palace.

Lurpak, Club Med, Yakult, Spotify, CoCo, Amazon, Netflix, Neutrogena, Lego, Cadbury, adalah beberapa jenama yang diumumkan sebagai Pemenang Global di majlis anugerah berprestij ini.

Pemenang Malaysia termasuk Astro, Farm Fresh, Maybank, Munchy’s, Spritzer, Unifi, Avis, Dave’s Deli, Digi, Inside Scoop, AEON, Al-Ikhsan Sports, dan AirAsia. Pemenang Peringkat Nasional lain termasuk Nongfu Spring (China), Hang Seng Bank (Hong Kong), Janji Jiwa (Indonesia), Toast Box (Singapura) dan banyak lagi.

MR. D.I.Y, menggegarkan Asia Tenggara apabila mereka diisytiharkan sebagai jenama ‘Peruncit Pembaikan Rumah’ teratas di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina dan meraih anugerah Peringkat Serantau dalam kategori Peruncit Pembaikan Rumah.

Pemenang Peringkat Serantau lain termasuk; Bosch, Sennheiser, SoundCloud, Huawei, Optical 88, Elkjøp, BreadTalk, Walrus Pumps, Gems Pavilion. Jenama-jenama ini mendapat undi sebagai jenama kegemaran pengguna di 4 buah negara atau lebih merentasi 3 kawasan atau lebih di rantau geografi tertentu.

“Majlis ini meraikan beberapa jenama terbaik di seluruh dunia. Anugerah ini mengiktiraf usaha berterusan pasukan jenama yang membina dan mengekalkan keberadaan mereka dalam pasaran yang sentiasa berubah,” kata Danny Pek, Pengarah Eksekutif, World Branding Forum.

“Pada tahun ini, lebih 150,000 orang pengguna telah mengambil bahagian dalam proses pencalonan. Secara purata, hanya ada 5 pemenang bagi setiap negara, dan ini membuktikan bahawa memenangi World Branding Awards adalah pencapaian yang luar biasa,” En. Richard Rowles, Pengerusi, World Branding Forum.

Acara ini telah dianjurkan oleh penyampai televisyen, Jemma Forte dan menampilkan wawasan eksklusif tentang pengguna masa hadapan yang disediakan oleh Chris Sanderson, Pengasas Bersama, 'The Future Laboratory', perunding ramalan wawasan dan trend pengguna yang terkenal.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan senarai penuh pemenang, lawati awards.brandingforum.org.

Perihal World Branding Awards

World Branding Awards adalah anugerah utama World Branding Forum, sebuah organisasi bukan untung yang berdaftar. Anugerah ini mengiktiraf pencapaian beberapa jenama terbaik dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati https://awards.brandingforum.org

Sumber: World Branding Awards

--BERNAMA
Share244ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

10 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In