• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Terus Meningkat. Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 8 Nov  (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka lebih tinggi hari ini di tengah-tengah prestasi positif bursa serantau yang lain, didorong minat belian tanpa henti dalam saham-saham tenaga, pengangkutan dan logistik, kata seorang peniaga.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.68 mata kepada 1,442.80 daripada 1,442.12 pada penutupan Isnin.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pagi ini dengan mengukuh 5.0 mata pada 1,447.12.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 162 berbanding 96, manakala 218 kaunter tidak berubah, 1,839 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 168.82 juta unit bernilai RM43.16 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, bursa tempatan dijangka bergerak dalam julat 1,435-1,450 di tengah-tengah sentimen tidak menentu yang kian memuncak dalam pasaran serantau menjelang keputusan pilihan raya pertengahan penggal tahun 2022 Amerika Syarikat (AS).

Namun begitu, beliau menambah Wall Street ditutup lebih tinggi apabila tumpuan dialihkan kepada politik buat seketika berikutan sesi yang tidak menentu.

“Purata Perindustrian Dow Jones melonjak 424 mata manakala Nasdaq memperoleh 89 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat kepada hampir paras 4.22 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di dalam negara pula, beliau berkata kaunter minyak dan gas mungkin menyaksikan halangan hari ini apabila harga minyak mentah menyusut dengan minyak mentah Brent ditutup di bawah paras US$98 setong selepas China mengumum akan meneruskan strategi pembendungan COVID-19.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Dialog Group tidak berubah pada RM2.07, Petronas Gas menokok 20 sen kepada RM17.20, Press Metal Aluminimum menambah tiga sen kepada RM4.43, Axiata naik dua sen menjadi RM2.88 dan Hong Leong meningkat lapan sen kepada RM20.68.

Bagi saham aktif, Advance Synergy dan Zen Tech tidak berubah, masing-masing merekodkan harga  sembilan sen dan tiga sen, Velesto Energy dan Bina Puri meningkat setengah sen setiap satu kepada 13.5 sen dan tiga sen, manakala EA Holdings susut setengah sen kepada satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 1.59 mata kepada 10,246.48, Indeks FBM Emas Syariah lebih baik 9.56 mata kepada 10,371.42, manakala FBM 70 susut 21.19 mata kepada 12,172.14.

Indeks FBMT 100 turun 0.41 mata menjadi 9,978.62 dan FBM ACE kerugian 21.71 mata kepada 4,928.12. 

Mengikut sektor, Indeks Tenaga mengukuh 4.54 mata kepada 732.66, Indeks Pengangkutan dan Logistik meningkat 5.04 mata menjadi 858.31, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.35 mata kepada 174.66 dan Indeks Perladangan menambah 32.20 mata kepada 6,857.19.

Bagaimanapun, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 4.67 mata kepada 16,097.47.

— BERNAMA



Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIminyak dan gaspembukaanRakuten TradeWall Street
Share225ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In