• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Dipacu Saham Tenaga

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 7 Nov  (Bernama) — Minat belian dalam saham tenaga serta prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan Jumaat minggu lepas, mendorong Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini lebih tinggi, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.29 mata untuk mencatatkan paras 1,439.57 daripada penutupan Jumaat pada 1,438.28.

Pada pembukaan dagangan, indeks utama naik 2.90 mata kepada 1,441.18.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 179 berbalas 104, manakala 225 kaunter tidak berubah, 1,817 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 128.47 juta unit bernilai RM44.16 juta.

Menurut naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng,  Wall Street mempamerkan pergerakan rancak Jumaat lepas sementara peniaga masih berbelah bahagi mengenai keadaan ekonomi dan inflasi di Amerika Syarikat.

“Purata Perindustrian Dow Jones memperoleh 402 mata manakala Nasdaq menambah 132 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat sedikit pada 4.16 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di pasaran domestik, beliau mengunjurkan minat belian mungkin kembali pada saham teknologi dan perbankan.

“Oleh itu, indeks FBM KLCI dijangka menguji semula paras 1,450 hari ini,” katanya.

Sementara itu, minyak mentah Brent menunjukkan prestasi yang lebih kukuh menyaksikanya ditutup pada paras US$99 setong dengan jangkaan China akan melonggarkan beberapa peraturan COVID-19 dan ini menjadikan stok tenaga tumpuan para pelabur.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank naik tiga sen kepada RM8.48, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.38, Petronas Chemicals menokok empat sen menjadi RM8.55, CIMB lebih tinggi satu sen kepada RM5.38, manakala IHH Healthcare susut tiga sen kepada RM6.01.

Bagi saham aktif, TWL Holdings dan Citaglobal tidak berubah, masing-masing pada 3.5 sen dan 30.5 sen, Advance Synergy dan Solution Group masing-masing naik satu sen menjadi 7.5 sen dan 36 sen, dan Hua Yang meningkat setengah sen kepada 19 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 11.70 mata kepada 10,229.19, FBM 70 mengembang 19.13 mata kepada 12,161.26, Indeks FBMT 100 menokok 10.51 mata menjadi 9,959.43 dan FBM ACE lebih kukuh 6.05 mata kepada 4,925.23.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Syariah susut 4.68 mata kepada 10,322.41.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 67.35 mata kepada 16,160.04, Indeks Tenaga peroleh 9.85 mata pada 735.13, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.46 mata kepada 174.24, manakala Indeks Perladangan susut 23.77 mata kepada 6,797.25.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiapembukaantenagaWall Street
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In