• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Keuntungan Diraih Saham Perbankan Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) —  Minat belian baharu yang mendorong keuntungan dalam saham perbankan memacu Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Jumaat,  dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.27 peratus kepada 1,424.21 mata.

Pada 9.06 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI memperoleh 3.83 mata berbanding paras 1,420.38 pada penutup Khamis.

Pasaran tempatan memulakan urus niaga pagi ini pada paras 1,425.42, mengukuh 5.14 mata.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 140 berbalas 105, manakala 204 kaunter tidak berubah, 1,877 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 99.98 juta unit bernilai RM42.51 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, ekuiti tempatan kemungkinan menyaksikan peningkatan terhad hari ini apabila sentimen berubah berhati-hati walaupun beberapa aktiviti memburu saham berharga murah dijangka muncul.

Sementara itu, beliau berkata suasana tidak menentu terus dialami Wall Street dengan ketiga-tiga indeks utama ditutup lebih rendah kerana peniaga masih mencerna pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengenai kenaikan kadar faedah.

“Disebabkan itu, Purata Perindustrian Dow Jones merosot 146 mata manakala Nasdaq jatuh 182 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat lebih tinggi kepada 4.15 peratus,” katanya kepada Bernama.

Di pasaran domestik, beliau mengunjur FBM KLCI berlegar pada julat 1,415-1,425 hari ini dengan beberapa tahap pengumpulan dilihat dalam saham perbankan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia –  Hong Leong Bank naik 34 sen kepada RM20.78, Maybank menambah enam sen menjadi RM8.47, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.38, RHB Bank lebih tinggi empat sen untuk mencatatkan harga RM5.52, dan IHH Healthcare megembang lima sen kepada RM5.96.

Bagi saham aktif, Citaglobal dan Green Packet masing-masing tidak berubah pada 29 sen dan empat sen, manakala Awanbiru Technology naik 1.5 sen kepada 51 sen, SNS Network dan Tanco masing-masing peroleh setengah sen kepada 23.5 sen dan 41 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 21.41 mata kepada 10,124.93, FBM 70 meraih 12.29 mata kepada 12,071.99, dan Indeks FBMT 100 meningkat 22.68 mata kepada 9,860.87.

Sementara itu, indeks FBM Emas Syariah meningkat 8.05 mata kepada 10,166.60 tetapi FBM ACE susut sebanyak 1.94 mata kepada 4,884.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 88.21 mata menjadi 16,143.85, Indeks Tenaga 3.03 mata lebih kukuh pada 711.07, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.16 mata menjadi 172.10, dan Indeks Perladangan merosot 20.76 mata kepada 6,696.27.

— BERNAMA


Tags: Bursa Malaysiakadar faedahpembukaanRakuten TradeWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In