• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

MIDF Jangka BNM Naikkan OPR Ke Tahap Prapandemik Pada Januari 2023

in Saham
A A
Bank Negara Kekalkan OPR Pada 1.75 Peratus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 3 Nov  (Bernama) — MIDF Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan bersiap sedia lebih awal mengenai dasar monetarinya dengan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke tahap prapandemik pada 3.00 peratus menjelang Januari 2023.

Ia berkata pengumuman hari ini oleh BNM untuk menaikkan lagi OPR sebanyak 25 mata asas (bps) daripada 2.50 peratus kepada 2.75 peratus dalam Mesyuarat Dasar Monetari terakhirnya pada 2022 adalah selaras dengan jangkaan pasaran, tetapi masih kekal di bawah paras prapandemik.

Firma penyelidikan itu dalam nota kajiannya berkata menjelang 2023, penetapan dasar monetari BNM adalah untuk memastikan pemulihan ekonomi Malaysia yang mampan.

“Dengan trend inflasi teras yang semakin meningkat dan permintaan dalam negeri yang lebih kukuh daripada jangkaan, kami menjangkakan bank pusat akan bersiap sedia lebih awal mengenai dasar monetarinya untuk kembali ke paras prapandemik menjelang Januari 2023.

“Bagaimanapun, ia akan tertakluk kepada kestabilan dalam pertumbuhan ekonomi, kadar kenaikan harga dan penambahbaikan keadaan makroekonomi, terutamanya pemulihan berterusan dalam pasaran buruh dan peningkatan terhadap permintaan domestik,” katanya.

MIDF Research berpendapat BNM membayangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh pada suku ketiga 2022 (S3 2022), disokong oleh penambahbaikan dalam pasaran buruh, prospek pendapatan yang baik dan permintaan dalam negeri yang teguh akan terus melonjakkan aktiviti ekonomi domestik pada suku ketiga tahun ini.

“Bank pusat menjangkakan inflasi akan memuncak pada S3 2022. Mengenai perkembangan harga pula, BNM berpendapat inflasi boleh diurus kerana kadar purata inflasi bagi tempoh sembilan bulan pertama kekal dalam julat unjuran inflasi BNM iaitu pada 2.2 hingga 3.2 peratus.

“BNM meramalkan inflasi teras akan berada pada purata hampir kepada julat di atas 2 hingga 3 peratus tahun ini,” kata firma penyelidikan itu.

Dari segi jangka sederhana, MIDF Research menyatakan normalisasi kadar dasar diperlukan untuk mengelakkan risiko yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi masa depan seperti inflasi yang berterusan tinggi dan hutang isi rumah yang semakin meningkat.

“Kami berpendapat keputusan untuk menaikkan lagi OPR sebanyak 25bps adalah tepat pada masanya, dengan mengambil kesempatan terhadap prestasi makroekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan.

“Kami juga senada dengan BNM terutamanya mengenai pendirian bahawa dasar kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 mengenai subsidi bahan api akan menentukan hala tuju prospek inflasi Malaysia untuk tahun depan,” katanya.

Mengenai kebimbangan terhadap kejatuhan nilai ringgit (MYR), MIDF Research berpendapat ia disebabkan oleh peningkatan kukuh dolar AS kerana Rizab Persekutuan (Fed) dijangka terus memilih dasar pengetatan monetari yang agresif.

Jika dibandingkan dengan mata wang utama lain, ia berkata prestasi ringgit adalah lebih baik daripada euro (EUR), pound British (GBP), yen Jepun (JPY), won Korea (KRW) dan dolar Australia (AUD).

Pada asas tahunan, 10 bulan pertama 2022 menyaksikan purata susut nilai USD/MYR pada -5.5 peratus tahun ke tahun, EUR/MYR pada +6.7 peratus tahun ke tahun, GBR/MYR pada +5.2 peratus tahun ke tahun, JPY/MYR pada +12.4 peratus tahun ke tahun, KRW/MYR pada +6.6 peratus tahun ke tahun dan AUD/MYR pada +2.2 peratus tahun ke tahun, tambahnya.

— BERNAMA

Tags: BNMekonomiMIDF Researchreaksi kenaikan OPRringgit
Share254ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In