• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Majuperak Peroleh Lanjutan Tempoh Untuk Kemuka Pelan Penstrukturan Semula

in Berita, Saham
A A
Majuperak Peroleh Lanjutan Tempoh Untuk Kemuka Pelan Penstrukturan Semula
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Majuperak Holdings Bhd diberikan lanjutan tempoh sehingga 12 April, 2023 oleh Bursa Malaysia untuk mengemukakan pelan penstrukturan semula kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, Majuperak menjelaskan bahawa pada 7 Okt, 2022 pihaknya telah menyerahkan permohonan untuk lanjutan tempoh selama 12 bulan kepada Bursa Malaysia iaitu sehingga 10 Okt, 2023 untuk pihaknya mengemukakan pelan penstrukturan semula kepada pihak berkuasa kawal selia yang relevan.

Majuperak diklasifikasikan sebagai penerbit terjejas selepas mencetuskan perenggan 8.03A(2)(b) syarat-syarat penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Syarikat itu dianggap mempunyai perniagaan atau operasi yang tidak signifikan selepas penyata kewangan tidak diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 menunjukkan ia merekodkan perolehan tahunan sebanyak RM6.28 juta pada asas disatukan.

Perolehan itu adalah kurang daripada lima peratus berbanding modal sahamnya yang berjumlah RM179.59 juta.

Menurut Majuperak pelanjutan tempoh itu tidak menjejaskan hak Bursa Malaysia untuk meneruskan pengggantungan dagangan dan untuk nyahsenarai syarikat jika pihaknya gagal menyerahkan pelan penstrukturan semula pada atau sebelum 12 April, 2023.

Lanjutan tempoh itu juga tidak menjejaskan hak bursa bagi meneruskan tindakan yang sama jika syarikat  gagal untuk mendapatkan kelulusan daripada mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang diperlukan bagi pelaksanaan pelan penstrukturan semula atau gagal untuk melaksanakan pelan penstrukturan semula itu dalam tempoh atau tempoh lanjutan yang ditetapkan oleh mana-mana pihak berkuasa kawal selia, jelas Majuperak.

“Apabila berlaku mana-mana keadaan itu, Bursa Malaysia boleh menggantung dagangan sekuriti tersenarai Majuperak pada hari keenam pasaran selepas tarikh pemberitahuan penggantungan oleh bursa dan nyahsenarai syarikat, tertakluk kepada hak syarikat untuk merayu terhadap penyahsenaraian itu,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: lanjutan tempohMajuperakpelan penstrukturan semulasekuriti tersenarai
Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In