• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Selepas Dagangan Semalaman Wall St Menyusut

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Dagangan Bursa Malaysia turun sedikit pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini apabila prestasi semalaman Wall Street turut menyusut selepas para pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) esok.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bergerak rendah 5.73 mata kepada 1,454.65 berbanding 1,460.38 penutup Isnin.

Indeks utama itu dibuka pada 1,457.64, susut 2.74 mata.

Pergerakan harga di pasaran secara menyeluruh negatif dengan kaunter rugi mendahului kaunter untung 130 berbalas 115, manakala 215 kaunter tidak berubah, 1,844 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 172.69 juta unit bernilai RM49.75 juta.

Dagangan semalaman Wall Street berakhir lebih rendah pada Isnin menjelang keputusan Persekutuan Fed mengenai kenaikan kadar dengan Indeks Dow Jones susut 0.39 peratus pada 32,732.95, manakala S&P 500 dan Nasdaq turun 0.75 peratus dan 1.03 peratus, masing-masing ditutup pada 3,871.98 dan 10,988.15.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata aktiviti pengambilan untung di Wall Street selepas pergerakan naik yang ketara mengehadkan potensi peningkatan bursa tempatan.

Firma pembrokeran itu seterusnya menjangkakan pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang mesyuarat kritikal Persekutuan yang akan berakhir pada 2 Nov (waktu AS).

“Sementara itu, peniaga juga akan memberi tumpuan kepada tema Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan menempatkan pegangan mereka pada syarikat berkaitan kerajaan.

“Bagi komoditi, minyak mentah Brent secara beransur-ansur merosot di bawah paras US$95 setong tetapi berlegar melepasi paras US$90 setong, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) pulih melebihi RM4,100 setan,” katanya dalam nota hari ini .

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare tidak berubah, masing-masing pada RM8.59 dan RM5.95.

CIMB dan Tenaga Nasional kerugian rugi 2.0 sen setiap satu untuk mencatatkan harga RM5.50 dan RM8.40, manakala Petronas Chemicals menambah 1.0 sen kepada RM8.73.

Bagi saham aktif, Advance Synergy turun 1.0 sen menjadi 7.0 sen, Top Glove lemah setengah sen kepada 79 sen sementara Serba Dinamik, Alam Maritim dan Tanco semuanya tidak berubah, masing-masing pada 2.0 sen, 3.0 sen dan 37.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 32.04 mata kepada 10,318.80, FBM 70 susut 22.76 mata kepada 12,243.97, dan Indeks FBMT 100 kehilangan 34.73 mata kepada 10,055.19.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 32.04 mata kepada 10,318.80, FBM 70 merosot 22.76 mata menjadi 12,243.97, dan Indeks FBMT 100 kerugian 34.73 mata kepada 10,055.19.

Indeks FBM Emas Syariah pula lemah 29.09 mata kepada 10,382.02, manakala FBM ACE meningkat 9.28 mata menjadi 4,868.21.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga turun 4.22 mata untuk mencatatkan paras 694.28, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 67.42 mata menjadi 16,399.26 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.37 mata kepada 175.43.

Indeks Perladangan bagaimanapun menambah 9.92 mata kepada 6,889.84.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFed ASpembukaanrendahWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In