• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Dagangan Bursa Malaysia Taksi Satu Lagi Pusingan Aktivit Jualan Sederhana Pagi Ini

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 28 Okt  (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia menyaksikan satu lagi pusingan jualan sederhana yang membabitkan beberapa saham wajaran tinggi perbankan, perladangan dan telekomunikasi semasa sesi pembukaan pagi ini.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.52 mata kepada 1,453.57 berbanding 1,454.09 pada penutup Khamis.

Indeks utama dibuka 0.45 mata lebih tinggi pada 1,454.54.

Bagi pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan, sebanyak 135 kaunter untung dan 103 rugi, manakala 207 kaunter tidak berubah, 1,924 tidak diniagakan dan 83 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 87 juta unit bernilai RM39 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd,  sentimen negatif daripada Wall Street dan kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat Eropah mungkin merebak ke pasaran tempatan dan FBM KLCI dijangka mempunyai potensi peningkatan terhad untuk tempoh terdekat.

Wall Street ditutup bercampur-campur dengan Dow Jones merekodkan kenaikan lima hari berturut-turut, tetapi S&P 500 dan Nasdaq merosot berikutan keputusan pendapatan hambar daripada beberapa firma teknologi seperti Meta Platforms, Amazon dan Apple.

Bagi komoditi, harga minyak mentah Brent terus meningkat melebihi paras US$96 setong, manakala harga minyak sawit mentah kekal melebihi RM4,100, justeru, itu dijangka memanfaatkan kaunter berkaitan minyak dan gas serta perladangan.

Sehubungan itu,  Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI diunjur berlegar dalam julat  1,450-1,470 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Axiata turun dua sen kepada RM8.66 dan RM2.74,  Maxis dan KLK susut enam sen menjadi RM3.74 dan RM22.14, Petronas Gas lemah 14 sen kepada RM17.02 dan Digi merosot lima sen kepada RM3.70.

Sebaliknya, IHH naik lapan sen untuk mencapai paras RM6, manakala MR D.I.Y, Tenaga Nasional dan Hartalega menambah dua sen, masing-masing mencatatkan RM1.98, 8.31 dan RM2.10.

Antara saham aktif pula, Top Builders turun 1.0 sen kepada 2.0 sen, UEM Sunrise susut setengah sen menjadi 20.5 sen dan SNS menokok setengah sen kepada 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 2.58 mata kepada 10,310.99, FBM 70 menambah 10.76 mata kepada 12,261.92 dan Indeks FBMT 100 susut 0.71  mata kepada 10,052.88.

Indeks FBM Emas Syariah turun 1.32 mata kepada 10,345.41 manakala FBM ACE mengecil 20.60 mata kepada 4,842.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 11.49 mata kepada 16,468.42, Indeks Tenaga turun 2.04 mata kepada 699.63, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah  0.1 mata kepada 175.27, dan Indeks Perladangan kerugian 3.96 mata kepada 6,915.09.

— BERNAMA

Tags: bank pusatBursa Malaysiakadar faedahpembukaanWall Street
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In