• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Faktor Beban Capital A Menokok Kepada 86 Peratus Pada Suku Ketiga 2022

in Berita, Catalyst
A A
AiarAsia Group Catat Kerugian Bersih Hampir RM1 Billion Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Syarikat penerbangan disatukan Capital A Bhd, terus pulih dengan kukuh apabila mencatatkan satu lagi rekod suku tahunan, dengan peningkatan faktor beban kepada 86 peratus menjelang suku ketiga tahun kewangan 2022.

Operator syarikat penerbangan itu berkata syarikat penerbangan gabungannya, yang merangkumi AirAsia Malaysia, AirAsia Indonesia, AirAsia Philippines dan AirAsia Thailand telag membawa lebih 7.1 juta penumpang, menokok 1,925 peratus dari tahun ke tahun dan naik 28 peratus dari suku ke suku.

Dalam satu kenyataan hari ini, Capital A berkata bagi suku ketiga 2022, syarikat penerbangan itu mengendalikan sejumlah 68 pesawat, menghidupkan kembali perkhidmatan 48 pesawat berbanding setahun sebelum ini.

“Syarikat penerbangan yang disatukan Capital A telah membuat hampir 45,000 penerbangan pada suku tersebut, lonjakan sebanyak 1,460 peratus dari tahun ke tahun berbanding kurang daripada 3,000 penerbangan yang disaksikan dalam tempoh yang sama tahun lepas dan dengan lebih daripada 9,000 penerbangan berbanding suku sebelumnya, selepas disokong oleh peningkatan permintaan perjalanan domestik dan antarabangsa di pasaran utama kami. 

“Tempat duduk yang dijual untuk penerbangan domestik serta antarabangsa masing-masing naik sebanyak 10 peratus dan 107 peratus dari suku ke suku, menandakan pemulihan yang kukuh bagi perkhidmatan penerbangan antarabangsa,” katanya. 

Kilometer tempat duduk tersedia (ASK) bertambah sebanyak 1,760 peratus dari tahun ke tahun, manakala hasil kilometer penumpang naik 2,408 peratus dari tahun ke tahun. 

Katanya, empat syarikat penerbangan kumpulan itu membawa 9.9 juta penumpang pada suku ketiga 2022, 2,189 peratus lebih tinggi dari tahun ke tahun melalui penggunaan 103 pesawat, menghasilkan ASK berjumlah RM11.417 juta, pulih 44 peratus daripada tahap pra-pandemik. 

Bagi perniagaan digitalnya, Capital A berkata airasia Super App mencapai purata 9.5 juta pengguna aktif bulanan dalam tempoh Julai-September 2022, bertambah 161 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. 

Jumlah urus niaga meningkat dengan ketara sebanyak 1,953 peratus bagi perbandingan dari tahun ke tahun dan 139 peratus dari suku ke suku.

“Prestasi yang lebih baik ini disebabkan oleh vertikal perjalanan kami yang mana tempahan di platform ejen pelancongan dalam talian (OTA) kami bersama penerbangan AirAsia serta platform tempahan hotel kami telah meningkat sejajar dengan kebangkitan semula dalam lonjakan permintaan perjalanan termasuk pelancaran pelbagai kempen jualan,” katanya. 

Capital A ketika mengulas mengenai airasia Ride, jumlah tunggangan telah mencapai lebih daripada 550,000 perjalanan pada suku tersebut, manakala pengguna kad BigPay menokok kepada 1.26 juta pada suku ketiga, mencatatkan kenaikan 48 peratus dari tahun ke tahun dan 4.0 peratus dari suku ke suku.

“Perniagaan logistik kumpulan, Teleport, mengangkut 26,667 tan metrik dalam tempoh Julai-September, naik 21 peratus dari suku ke suku susulan peningkatan kapasiti ruang antarabangsa untuk menguasai lebih banyak bahagian pasaran,” katanya.

— BERNAMA

Tags: ASKBursa MalaysiaCapital Afaktor bebanpandemik
Share242ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In