• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Lepasi Paras 1,450 Meskipun Petunjuk Wall St Bercampur-campur

in Berita, Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 Okt  (Bernama) —  Indeks barometer Bursa Malaysia terus bergerak melepasi paras 1,450 apabila kebimbangan mengenai hala tuju kadar faedah yang lebih tinggi berkurangan di peringkat serantau walaupun Wall Street mempamerkan petunjuk yang bercampur-campur.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.13 mata untuk mencecah paras 1,457.11 berbanding dengan penutup Rabu pada 1,454.98.

Indeks utama itu dibuka 2.98 mata lebih tinggi pada 1,457.96.

Pergerakan harga di pasaran secara menyeluruh juga positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 176 berbalas 73, manakala 207 kaunter tidak berubah, 1,905 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 126 juta unit bernilai RM52.08 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun Wall Street ditutup bercampur-campur selepas dagangan tidak menentu di tengah-tengah keputusan suku tahunan yang kurang memberangsangkan daripada Microsoft dan Alphabet.

“Di pasaran domestik pula, FBM KLCI akhirnya mencecah paras 1,450 semalam, disokong minat belian daripada institusi tempatan. Kami mengunjurkan bursa tempatan akan meneruskan aliran menaik,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah pasaran kemungkinan menguji paras 1,465 dengan minat belian dijangka kembali kepada saham perbankan, serta kaunter berkaitan minyak apabila penanda aras minyak mentah Brent meningkat melebihi US$95 setong.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa  – Telekom Malaysia menokok enam sen kepada RM5.56, manakala Dialog, MR D.I.Y, Axiata dan Maxis masing-masing naik dua sen kepada RM1.93, RM1.98, RM2.83 dan RM3.71.

Betamek yang baharu disenaraikan mendahului saham paling aktif, menambah 3.5 sen kepada 74.5 sen, diikuti oleh Impiana Hotels dan Green Packet, yang tidak berubah, masing-masing pada 2.5 sen dan 4.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 21.88 mata menjadi 10,319.42, FBM 70 menambah 29.06 mata kepada 12,205.36 dan Indeks FBMT 100 meraih 16.84 mata kepada 10,060.87.

Indeks FBM Emas Syariah turut meningkat 20.34 mata kepada 10,346.45, manakala FBM ACE mengembang 12.20 mata menjadi  4,881.24.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan pulih 36.93 mata kepada 16,529.71, Indeks Tenaga meningkat 9.79 mata menjadi 693.43, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.01 mata kepada 174.95 manakala Indeks Perladangan 12.43 mata lebih tinggi pada 6,953.92.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiaMicrosoftpembukaanWall Street
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In