• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Jiankun, NTL International Berganding Bahu Bangun Projek Bernilai RM215.1 Juta Di Semenyih

in Catalyst, Saham
A A
Jiankun, NTL International Berganding Bahu Bangun Projek Bernilai RM215.1 Juta Di Semenyih
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Jiankun International Bhd (JKI) telah memeterai perjanjian pembangunan bersama (JDA) dengan NTL International Holdings (M) Sdn Bhd dalam memajukan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM215.1 juta di Semenyih, Selangor. 

JDA itu telah dimeterai oleh Nagamas Bizworks Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh JKI. 

Projek di Taman Anggerik, Bandar Teknologi Kajang terdiri daripada bangunan pangsapuri 37 tingkat, yang merangkumi unit servis, unit komersial, rumah mampu milik, pelbagai kemudahan dan tempat letak kereta tujuh tingkat. 

JKI akan bertanggungjawab ke atas kos serta perbelanjaan pembangunan dan NTL International akan menyediakan tanah pegangan bebas untuk projek berkenaan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif JKI, Edwin Silvester Das berkata pembangunan bersama itu sejajar dengan inisiatif kumpulan untuk bekerjasama dengan pemilik tanah bagi mengembangkan perniagaan pembangunan hartanah mereka tanpa perlu membina bank tanahnya. 

“Kami percaya cadangan pangsapuri servis dengan unit perumahan mampu milik ini akan menyediakan gabungan terbaik dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat ke atas perumahan mampu milik.

“Memandangkan tanah ini terletak kira-kira 7.2 kilometer dari Stesen MRT Kajang, kami percaya ia juga akan menarik bagi isi rumah berpendapatan sederhana di sekitar kawasan Kajang, Cyberjaya dan Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau menambah bahawa kekurangan unit rumah mampu milik di Malaysia adalah satu lagi sebab mengapa JKI telah meningkatkan langkah dalam menyediakan permintaan dan kerjasama pembangunan secara bersama juga boleh membantu mengurangkan kos pembangunan. 

“Ini akan melonjakkan prospek pertumbuhan JKI apabila industri pembangunan hartanah pulih dalam era pasca COVID-19,” katanya.

— BERNAMA

Tags: hartanahJDAJiankunJKINagamasNTL International
Share299ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In